BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

WHITE WATER RAFTING SG KAMPAR, PERAK



Asyik ke gunung je,nak gak cite pasal airkan ,Aktiviti yang nak aku review kali ini ialah aktiviti berkaitan dengan air iaitu white water rafting di Sg Kampar. Ini merupakan kali pertama aku menyertai sukan extreme kayak arus deras(white water rafting).

Tempat : Sg Itek (Sg Kampar) Perak
Jarak : 12 km (lebih kurang 3 jam)
Rapid : 9-10 Rapids (Jeram)
Grade : 1-3
Peserta : Aku (iejat), macha, syamim, zul, hanan, zul,hamzah,bobo,faiz,
Timah, syikin, herney, nadi hani,ruwaida,atin, mr riok (radak) dan
Abu (radak).

Pada 11 januari 2010 lepas, aku dan group menyertai aktiviti kayak arus deras di sg kampar anjuran outtrail team adventure (OAT) dengan kerjasama Radak adventure. Atas keperihatinan Mr Riok(radak) yg memberi harga yg amat2 berpatutan untuk aktiviti ini menyebabkan kami tertatrik untuk mnyertai. Sg Itek maerupakan salah satu cabang sungai bagi Sg Kampar selain sg Gerutum, sg Geroh dan sg pacat. Peserta perlu melalui jarak sejauh 12 KM serta 9-10 rapids (jeram) sebelum sampai ke penamat iaitu sg Kg Jahang.

Apa itu Kayak Arus Deras?

Kayak arus deras merupakan aktiviti kayak ‘extreme’ yang lazimnya dilakukan
oleh mereka yang benar-benar mahir dalam mengendalikannya. Aktiviti ini selalunya
dijalankan di kawasan sungai-sungai yang mempunyai jeram. Untuk melakukan aktiviti
ini, beberapa peralatan yang lengkap perlu digunakan seperti kayak (menggunakan
kayak plastik yang direka khas untuk aktiviti arus deras sahaja), pendayung, ‘helmet’,‘knee pad’, ‘spary deck’ dan beberapa peralatan yang bersesuai dengan aktiviti ini

Jaffry Zakaria, Md Amin Md Taff, & Benderi Dasril. (2005). Kayak arus deras: Antara kesejahteraan dankonflik alam sekitar. Paper presented at the Persidangan Pengajian Persekitaran Kebangsaan KaliKedua Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


8.30 pagi
Bergerak ke Ulu Gerutum,temapat flag off atau pelepas raft(boat). Dengan jalan yg berbukit serta berlumpur menyukarkan lagi pejalanan kami dengan kereta.

\
muka-muka ceria peserta sebelum memulakan aktiviti...

9.30 pagi
Sampai ke Ulu Gerutum dengan kawasan bukit2 yg indah serta banyak kem-kem yg terbina untuk tujuan aktiviti perkhemahan. Kami disambut oleh Mr Riok (radak) selaku ketua xpdc ini dengan beberapa orang crew-crewnya dari Radak Adventure. Kami bertukar uniform ke uniform untuk rafting iaitu seluar feet yg panjag,kasut air (pakain untuk aktiviti air).


contoh antara pakain yg sesuai untuk aktiviti air (faiz,nadia hani,matnan, penulis)

10.00 pagi
Mr Riok memberi taklimat mengenai White water rafting seperti kaedah2 pengendalian raft(boat) serta arahan yg diberikan jurulatih serta pelakuan yg perlu dilakukan oleh peserta seperti boom2, Jump2, padding forward,padding backward serta lain-lain lagi.Mr riok juga menerangkan langkh-langkah keselamatn yg perlu diambil untuk mangelak terjadinya kemalangan serta jika berlakunya kemalanngan.


sesi taklimat

10.30 pagi
Sebelum ke raft, kami diuji dengan water confident iaitu dengan melakukan bodysurfing melalui satu jeram yg agak laju dengan berbekalkan BA di badan sahaja ini untuk menguji keyakinan peserta terhadap arus deras dan air serta kepercyaan terhadap B.A

10.45 pagi
Dengan topi keselamatan dikepala, B.A di badan, paddle ditangan kami mula mengemudi Raft mengikut arus sungai. Kami dipecah dengan 2 kumpulan dengan setiap kumpulan menaiki stu raft. Setiap raft akan di kemudikan oleh seorang jurulatih. Kami melalui setiap jeram dengan tenang walaupun raft kami hapir terbalik. BOOM...BOOM..teriak jurulatih menandakan terdapat jeram yg tahap 3 yg akan kami tempuhi kami perlu menimpit didalam raft dan perlu memegang tali, kami kelihatan agak cemas apabila beberapa orang peserta hampir jatuh, mujurlah dengan kecekapan jurulatih mengendalikan raft itu berjaya dikawal dengan selamat.


Melalui jeram-jeram yg beraliran deras..


12.00 tengah hari
Kami sampai ke satu check point untuk berehat serta menikmati keindahan sungai itek ini. Sebelum sampai ke check point ini jurulatih sengaja membuat capsize terhadap raft itu, ini untuk menguji jika raft kami betul2 terbalik serta tindakn kami untuk menanganinya. Kami mengambil kesempatan untuk bermandi manda di sungai itu serta bergambar.


12.30 tengah hari
Bertolak ke penamat rafting iaitu sg Kg Jahang, perjalanan menjadi semakin memcabar apabila kami melalui arus yg deras tetapi cetek sehingga kami terpaksa mengangakat raft. Ini betul2 menguji keupayan kami berkerjasama satu kumpulan mengendalikan raft agar tidak tersangkut pada batu.


berehat sebentar...!

2.00 petang
Akhinya sampai la kami di sg Kg Jahang dengan selamat dan disambut oleh Alan (OAT). Selepas menyimpan raft ke dalam lori kami sepat melakukan tubing dlam kumpulan bersama B.A. sungguh seronok seumpama menaiki keretapi beramai-ramai melalui sungai.

3.00 petang
Selepas makan tengah hari serta bermandi-manda, kami pon bertolak pulang dari sg Kampar,dengan perasaan gembira dan puas.



Rumusan :

Ini pengalaman pertama aku berafting, sungguh seronok dan mengujakan diri aku. Mungkin sebelum nie ak banyak terdedah dengan aktiviti gunung dan berbasikal sahaja dan tidak terdedah dengan dunia air, itu menyebabkan keterujaan ak terlampau. Disebabkan cost untuk aktiviti air ini yag agk mahal daripada akiviti rekreasi yg lain menyebabkan kurangnya keterlibatan ak dalam sukan air ini. Satu lagi yg mungkin ak berfikir panjag mengenai sukan extrem seperti ini ialah kebahayaannya, aktiviti ini melibatkan air so tahap percaution perlu la lebih (tetapi mane2 aktiviti rekreasi pon ada bahayanya jugak).

Aku tertarik dengan salah satu bahagian didalam artikel Kayak Arus Deras : Antara Konflik Dan Kesejahteraan Alam Sekitar yg ditulis oleh Jaffry Zakaria,Md Amin Md Taff dan Benderil Dasil dari Upsi yg berbunyi:

Bagaimana Kayak Arus Deras Menimbulkan Kesedaran Alam sekitar?

Kayak arus deras dapat membina kesedaran dan hala tuju yang jelas terhadap
masyarakat bagi menimbulkan kesedaran alam sekitar. Melalui aktiviti kayak arus deras,penglibatan manusia dengan alam semulajadi sememangnya tidak dapat dielakkan.
Dalam aktiviti ini, laluan-laluan kayak adalah melalui sungai-sungai dan jeram-jeram
yang belum pernah dilalui sebelum ini yang mana secara tidak langsung akan
mempelajari tentang alam semulajadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi
mendapatkan kebaikan melalui pengalaman.

Sewaktu meyusuri sungai secara bersendirian, penggiat akan banyak berfikir ini
kerana laluan yang dilalui kadangkala mengambil masa selama lima hingga enam jam
untuk sampai ke satu-satu ‘check point’. Secara tidak langsung penggiat dapat
menyelami dan mengabdikan rasa cinta terhadap alam melalui penemuan pokok-pokok
atau tumbuhan yang menghijau di sepanjang sungai tersebut.

Kesedaran dan juga rasa marah juga timbul melalui penemuan kegiatan kegiatan
pembukaan dan penebangan hutan yang tidak terkawal dan berleluasa.Berdasarkan pengalaman, semasa menyusuri jalan untuk ke hulu sungai, kerap kali
akan menemui kegiatan-kegiatan pembalakan yang berleluasa mungkin pembalakan
haram. Disepanjang laluan juga kegiatan pembukaan hutan yang tidak terkawal yang
mana ianya menjurus kepada pembukaan tanah untuk penanaman sayur-sayuran dan
juga aktiviti yang lain dapat dilihat. Mungkin hutan yang kita lihat dari luarannya atau dari pandangan mata yang jauh amat menarik dan mempesona tetapi apabila kita berada sendiri didalamnya akan dapat melihat kemusnahan alam sekitar yang amat
menyedihkan akibat kerakusan manusia mengaut keuntungan.

Disepanjang laluan berkayak juga, dapat melihat kesan hakisan-hakisan yang
teruk pada tebing-tebing sungai. Ini adalah ekoran daripada kegiatan-kegiatan
dariapada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dengan mengorek, menyedut
dan mencuri pasir. Perkara-perkara seumpama ini memang tidak dapat dielakkan jika
tidak ada pemantauan dan penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh daripada pihak
yang bertanggungjawab. Sebagai pecinta alam semulajadi marilah kita melihat isu ini
dengan lebih mendalam. Isu-isu yang berulang-ulang sebegini nyata memberi
kesimpulan bahawa dalam setiap isu yang dibangkitkan, tiada tindakan susulan yang
berterusan dilakukan sehingga perkara yang sama berulang.

Jaffry Zakaria, Md Amin Md Taff, & Benderi Dasril. (2005). Kayak arus deras: Antara kesejahteraan dan konflik alam sekitar. Paper presented at the Persidangan Pengajian Persekitaran Kebangsaan Kali Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Memang tidak disangkal lagi aktiviti white water rafting (kayak arus deras) ini merupakan salah satu aktiviti rekreasi yg tidak merosakkan alam sekitar. Sebagai pecinta alam sekitar kita haruslah menyokong aktiviti-aktiviti begini untuk kesejahteraan alam sekitar.

Jika ada kesempatan, aku berharap dapat mengemudi pula sg, sedim,kedah sg slim, perak, sg negiri,kelantan dan sungai –sungai lain yg bergrade tinggi di dlam atau luar negara.

gambar2 peserta dan jurulatih

Never stop Exploring....

0 comments: