Program : Ride Up North 2010
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis.
Tarikh : 14.03.2010
Anjuran : Perlis Mountain Bike Club (perlisMTB club)
Jarak : 47 -50 KM
Team Mate : Ak (Raleigh Elite) and Macha (Raleigh Enduro)
Pengalaman pertama menyertai jamboree Mountain Bike (MTB) sememangnya menjadi satu kenangan terindah bagi rider yang rookie serta mentah mcm ak dan macha ini, dengan basikal yg msih berbau-bau kedai lagi…kami semangt memperjudikan nasib kami antara hidup dan mati menyertai RUN 10 ini dengan trek berbukit-bukau serta tanah2 ladang tebu sejauh 47 KM-50 KM.
map..
13 Mei 2010
Dari kedah ak dan mcha bertolak ke Perlis untuk mengumpul sebuah pengalman berharga ini. Dalam keadaan hujan renyai serta tempat duduk belakang dan but kereta penuh dengan 2 buah MTB (rasa selamat skit daripada MTB terkena air hujan kan) kami sampai ke kedai Basikal uncle Toh Lee Kangar. Uncle Lee la orang yang bertanggunjawab dalam bab2 perdaftaran kami, sememangnya ak gan Macha msih baru lagi dlam bab daftar-mendaftar Jamboree ini. Dekat kedai ini juga la MTB ak dikeluar kan, Sampai je kedai uncle ini, sesi pemeriksan terakhir MTB dibuat kalau2 ada masalah serta menambahbaikan pada MTB di lakukan supaya esok ia akan menjalankan tugas dengan lancer dan sempurna. Selepas selesai semua dan goodies bag diambil dari uncle, kami mengucapkan selamat dari uncle dan kami bertolak pulang ke umah sewa ak yang terletak di bandar kangar. Kami makan dan berehat untuk Jamboree esok.
Jersey yg merupakan cenderamata dari penganjur
no. plate MTB..tapi bkn no ak..no aku 970. mcaha lak 969
14 Mei 2010
6.30 pagi
Seawal jam 6.30 pagi kami bertolak drai kangar ke Politeknik (Ulu Pauh) itu yang agak jauh kira 30 minit juga perjalanan dari kangar ini. Dengan berbekalkan roti jagung dan air milo yg di beli semalam kami bersarapan ketika dalam perjalanan ke sana.
7.00 pagi
Sesampai saja di Ulu pauh kelihatan banyak kenderaan yg pelbagai bentuk tetapi terdapat berapa buah MTB di sankut diatas bumbung kereta itu, bertapa kagumnya ak dengan MTB-MTB yg diangkut mungkin harga bagi sebuah MTB mencecah RM 20 000. Sesudah parking kereta di sebuah padang berdekatan dengan asrama Politeknik itu kami mula la memasang MTB masing-masing dengan semangat. Dalam hati aku berkata ’bila la nk msuk elaun sem depan nie nak letak kaki untuk sangkut basikal atas bumbung kereta’, bila sangkut basikal atas bumbung xpayah la buang msa untuk memasang basikal ini.
ak dan MTB kesayang ak (sebelum jemboree)
my team mate macha
7.30 pagi
Siang semakin menjelma dengan kecerahannya, langit menunjukan kecerianya yg xterhingga menandakan cuaca hari ini akan elok. Kami yg sudah bersedia dgn memakai jersey RUN 10 (maklumla 1st kan, pakai je la jersey RUN 10 ini baru nampak mcm pelumba skit) dan MTB yg dipasaang tadi serta 2 botol air yg kami bawa ( satu botol suntonik yg disponsor, satu lagi botol air camelback yg disponsor oleh uncle). Tidak lupa juga helmet rare yg kami pakai untuk safety ketika menungang MTB. Kami mengayuh pergi ke flag off. Kelihatan ramai gile orang dengan pelbagai MTB....sungguh meriah....!
ak n macha ready for jamboree with rare helmets...
8.00 pagi
Cabaran Jamboree bermula denagn dilepa oleh DYM Raja Muda Perlis, kayuhan pertama melalui lebuhraya. Kayuhan yg berlumba-lumba untuk mendapat kelompok yg pertama. Masuk sahaja simpang ke offroad, perjalanan menjadi semakin sukar kerana terpaksa mengayuh melalui jalan yg berbukit kecil iaitu jalan keluar masuk lori kuari. Jalan yg berselut akibat hujan malam semalam menambahkan lagi kesukaran kami untuk pergi ke KM 6 iaitu kuari.
pintu msuk ke kuari
8.15 pagi
Sesampai je kuari, trek menjadi rata kembali, cabaran melalui jalan-jalan berbatu lada yg terdapat ladang tebu bermula ditambah pula dengan panas pagi yg nyaman serta berkhasiat (vitamin). Di ladang tebu ini juga kami terpaksa mengharungi sebuah bukit yg agak tinggi iaitu Bukit Tangtung, dengan tenaga yg masih banyak lagi kami memmanjat bukit itu dengan gear yg rendah. Mujur la MTB masih dalam keadaan baik, jadi tidak adala kerosakan buat masa sekarang. Dari Bukit Tungtung kami melintasi jalan raya untuk pergi ke check point 1.
trek yg berbatu lada
8.45 pagi
Sampai ke check point satu (KM 13) dengan jalan ladang tebu yg agak landai serta pemandangan indah tasik-tasik yg merupakan lombong terbiar berada berhampiran trek laluan. DI sini satu stiker di lekatkan di no plate menandakan sudah melepasi check point 1. Cabaran diteruskan lagi dengan melalui ladang-ladang tebu yg besar dan terbentang indah. Destinasi seterusnya ialah Feeding Point 1. Trek untuk ke sana agak berbukit bukit yg agak landai. Kepanasan matahari semakin membahangi kami, namun cabaran harus diteruskan. Dalam 10-15 minit sampaila ak ke Feeding point 1 (KM 17). Disini air minuman dan buah pisang diberikan. Cabaran diteruskan lagi melalui trek2 kebun getah pula, trek laluan yg agak kecil serta berbukit-bukit menambahkan lagi cabaran untuk mengayuh. Lata Temin nama yg diberi merupakan laluan pintu masuk untuk ke trek kebun getah itu. Aku dan rider lain melalui trek kebun getah itu dengan penuh cabaran dengan berbukit-bukit serta jalan yg berbecak akibat hujan semalam. Cabaran yg ditunggu sudah sampai, cabaran uphill (naik bukit) dan downhill (turun bukit) bermula, ak dan rider-rider lain memanjat Genting Kandahar, sebuah bukit gondol yg agak tinggi (ini merupakan tapak kuari) ak yg kurang tenaga terpaksalah menuntun (tolak) sahaja MTB mendaki Genting kandahar itu. Sebayak 2-3 bukit juga la terpaksa didaki dan setelah penat mendaki tiab nya masa untuk down hill pula.....sungguh seronok tetapi perlu berjaga-jaga kerana MTB akan meluncur laju menuruni bukit, pengendalian brek amatlah penting kerana kiri –kanan adalah gaung.
ondeway ke bukit tungtung
bukit tungtung uphill
trek kebun getah
ondeway ke genting kandahar
genting kandahar:
layannnn
9.30 pagi
Sampai sudah check point 2 (KM 23) dan stiker di lekatkan di no.plate. Perjalanan diteruskan lagi, MTB masih dalam keadaan baik setelah mendaki dan menurun bukit. Cabaran seterusnya ialah melalui jenjantas melepasi lebuh raya untuk ke Feeding Point 2 (KM 25). Disini minuman isotonik suntonic diberikan, sungguh menyegarkan. Sekarang telah melalui separuh sudah perjalanan tinggal lagi separuh lagi perjalanan yg tidak ketahui cabaran yang akan datang. Trek seterusnya masih lagi trek kebun getah yg berbukit tetapi trek lalaunya agak besar dan terdapat perkampungan didalm kebun getah ini. Kegembiraan di teruskan lagi dengan memanjat Bukit Air cond. Sungguh meriah di sini, kebanyakan rider menuntun (tolak) MTB mereka termasuk la ak.memang tinggi dan curam bukit ini. tetapi downhillnya terbaik sungguh curam dan berbahya. Memang kondisi brek memang perlu dalam keadaan baik kalau tidak ke dalam gaung la jawabnya.
view bukit air cond lak:
layanzz...
10.00 pagi
Check point 3 akhirnya dijejaki aku selepas melalui kegembira uphill dan downhill, stiker dilekatkan di no.plate. Satu lagi check point yg perlu dilalui sebelum menamatkan perjalanan. Kaki sudah terasa sakitnya tetapi cabaran harus diteruskan. Ada satu ketika kami terpaksa melintasi anak sungai yg jambatn hanya sebatang kayu sesuai untuk pejalan kaki sahaja, ak pon ada lagi dengan MTB melompat melepasi sungai itu, mujur la berjaya. Tetapi selepas meleapsi sungai itu ke menangung (angkat) MTB di bahu untuk mendaki satu bukit yg memang curam. Kegembiraan disambung lagi dengan mendaki Bukit Botak, mungkin ini cabaran uphill dan downhill terakhir, Bukit botak ini merupakan bukit yg tertinggi sekali antara bukit-bukit dan genting yg dilalui tadi,Ia juga merupakan kawasan kuari. Dengan berbekalkan sedikit tenaga ak menuntun (tolak) MTB mendaki bukit itu, memang tiada daya untuk mengayuh . bebearpa kali juga la behenti untuk mengambil nafas. Memang tinggi betul bukit botak ini, kita boleh lihat rider lain yg juga menolak MTB masing dari jauh (boleh bayang kan) sesampai ja puncak, tenaga kembali selepas melihat pemandangan yg indah serta rider-rider lain yg menolak MTB. Downhill bermula, terjunan yg agak curam dan jauh menyebabkan MTB aku hampir melanggar rider lain. Sungguh bahaya (kiri kanan anda juga adalah gaung). Kegembiraan terhenti seketika selepas melihat Feeding Point (KM 37) , minuman diberikan. Perjalanan diteruskan lagi dengan trek laluan berakar-akar kebun getah. Destinasi seterunya Check point 4
Cabaran bukit botak :
pemandangan dari bukit botak
bessst....!
10.30 pagi
Akhirnya sampai sudah ke check point terakhir...! Check Point 4 (KM 45), stiker di berikan. Trek laluan setrusnya dinamakan ’FUN RIDE’ makna nya no moreup hill dan downhill tetapi dengan tenaga yg hanya tinggal sedikit ini hanya mampu untuk lakukan kayuhan terakhir sahaja tidak mampu untuk memecut. Trek laluan kebun getah yg kecil dan kadang-kadang perlu melalui jalan mini tar perkampungan. Kayuhan pon semakin lancar. Keadaan MTB yg kotor tetapi boleh berfungsi seperti biasa.
10.50 pagi
Akhirya sampai ke Pintu masuk ke Politeknik Ulu Pauh, terasa lega dihati dan kayuhan terakhir berjaya dilakukan dengan agak memecut sikit baru nampak bergaya apabila melintasi garisa penamat., Medal diberikan selepas melepasi garisan penamat. Ak mendapat no. 391 daripada 1500 rider kira ok la dengan tahap rookie dan 1st timer. Nombor2 tolak tepi janji dapat menghabiskan jambore dengan selamat dan mendapat pengalamn yg berharga ini. Keadaan MTB pon selamat Cuma kotoran saje.Mcha xsampai-sampai lagi ini.
sampai jugak dengan berno.391....
11.10 pagi
Akhirnya Mcha sampai dengan bergayanya, die la team mate ak yg paling ak sayang. Dia mendapat no. 462 kira kira ok gak la itu. Beliau merupakan rider bidan terjun yg mengantikan rider Apai (amat) yg tidak dpt menyertai kerana ada hal-hal yg tidak boleh elakan. Keadaan MTB die pon ok, dlam kondisi yg baik.tidak ape la mcha nant keluaq je MTB ang kita join Jamboree or Comp satu Malaysiaye.
berjaya juga tamat my team mate..dpat temapt ke 462..tahniah
12.30 Tgh hari
Makan tengah hari disediakan, kami makan dengan penuh nikmat keranapagi tadi kami hanya makan roti jagung dan air milo kotak saje. Atas sebab-sebab tertentu kami harus bertolak pulang awal dan tidak sempat untuk tunggu sesi cabutan bertuah, bayak lagi aktiviti rekreasi yg perlu dilukukan sepanjang cuti pertghan penggal ini. Kami berkemas-kemas dan bertolak pulang ke Kedah.
keadaan MTB selepas jamboree..nyta ia banyak berjasa pada tuan die...
berkemas pulang...tayr letak dlam bonet belakang
Rumusan :
Satu pengalaman yang sungguh berharga buat ak dan Mcha seta rider-rider yg 1st timer yg lain. Dapat merasai suasaan sebuah perkampungan pengemar-pengemar sukan moutain bike (MTB) yg kebanyakanya dari golongan pertengahan umur dan veteran, bilangan golongn belia agak kurang mungkin banyak ke arah bidang sukan yg lain, mungkin juga sukan MTB ini memerlukan modal yg agak besar untuk menyertainya.
Keselurahan jamboree memang menarik memang ia merupakan satu perjudian antara hidup dan mati bermain degan resiko dan keselamatan tetapi nikmatnya memang tidak terhinga. Aku juga sangat-sangat berpuas hati dan bebyak terima kasih tak terhingga kepada penganjur ;perlisMTB club kerana layanan istimewa dengan sajian offroad yg betul-betul mencabar serta uphill serta downhill yg bergitu enak sekali. Tidak lupa juga uncle lee yg sudi menjemput kami menyertai team anda untuk memasuki jamboree ini serta tip-tip yg memang penting dan berguna semasa jamboree ini dan dimasa akan datang, juga pemeriksaan MTB kami dari kedai ucle sangat kami hargai.
Banyak lagi yg perlu ak belajar untuk sukan MTB lagi seperti cara dan teknik pengendalian MTB, kemahiran menunggang ketika uphill (xla asyik menuntun je),ketika downhill, kemahiran memasang tiub tanyar jika berlaku tanyar pancit, memasang rantai serta kondisi MTB sebelum menyertai sebuah jamboree atau comp. Equipment pon banyak yg perlu dilengkapkan lagi seperti glove tangan (penting ketika downhill, ia akan menyerap daya hentikan handle MTb ketika downhill, dpat mengurangkan skt kesakitan itu), sit bag (perlu yg lebih besar supaya boleh memsauk kan tiub spare), tiub spare, pam angin, rantai spare dan pakain yg sesuai untuk seseorg rider (kasut, baju, seluar dan helmet). Aku juga perlu banyak stdy lagi anatomy MTB serta fisiologinya (fungsi) agar dapat mengetahui serta mengenali MTB kite dengan lebih rapat.
Jadi banyak lagi jamboree serta comp MTb yg peru diserati ak dan team2 ak supaya dapat banyak lagi ilmu sukan MTB ini serta pengalaman. Lain jamboree, lain offroadnya, lain la juga pengalamanya......!
RUN 10 sebuah pengalaman yg berharga....
Never Stop Exploring...
Monday, May 31, 2010
ANTARA HIDUP DAN MATI DI JAMBOREEN RUN 10 (RIDE UP NORTH 2010)
Posted by Syahir Aizat Bin Yahya at 9:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment