BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 28, 2010

KAYUHAN JELAPANG PADI DI KAMPUNG HALAMAN



Program : Kayuhan Jelapang Padi sempena Hari Penyayang 2010
Tempat : Stadium Darul Aman, Kedah
Tarikh : 22 Mei 2010
Anjuran : Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah
Jarak : 55 KM (tiada kayuhan mendaki dan menuruni bukit)

Suatu pagi yg agak hening, tiba-tiba slah seorg housemate ak yg juga peminat tegar sukan MTB nie telah menglink sebuah blog di Laman sosial FB yg membawa kpd cerita yg akan aku sampai kan sebentar lagi. Blog itu mengenai Program kayuhan amal sempena Hari Peyayang Anjuran JBS negeri Kedah iaitu Kayuhan Jelapang Padi. Aku sememangnya menunggu kayuhan-kayuhan di area-area kedah ini.Berbekalkan semangat yg ada aku pergi ke JBS Negeri Kedah untuk mengambil borang serta membuat bayaran dengan seorang diri, teman sepejuang ak tidak dapat sertai kerana komitmen terhadap peperiksaan. Kegemblelan ak ternyata mengambil resiko yg agak bahaya kerana hari Isnin (24 Mei 2010),hari peperiksaan subjek Fizik, subjek yg amat berat bagi semester ini. Demi minat serta semangat yg tinggi untuk berkayuh di kampung halaman aku kuatkan diri untuk sertai juga.


Trek laluan yg bakal ditempuhi


Sejarah Alor Star
Alor Setar sudah sekian lama berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri Kedah. Pada 2 Jun 1990 bandar ini merayakan ulang tahunnya yang ke-250. Pembukaan Alor Setar bermula di kawasan tebing Sungai Kedah yang diapit oleh kuala sungai Anak Bukit dan kuala Alor Malai. Kawasan tebing Sungai Kedah itu sepanjang kira-kira satu perempat kilometer. Kawasan itu hanya perkampungan kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah kayu beratap rumbia semasa Sultan Muhammad Jiwa Adilin Muazzam Shah pertama kali menjejaki kaki di situ. Namun demikian, Sultan Kedah yang ke-19 itu sangat tertarik hati pada kedudukan kampung tersebut. Baginda kemudian berkenan untuk memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Istana Bukit Pinang ke kampung itu. Sejak dari itu kampung tersebut mula membangun dan terus menjadi tumpuan penduduk negeri Kedah.

‘Alor’ yang dimaksudkan pada nama Alor Setar ialah alur atau anak sungai yang kini dikenali sebagai Alor Malai cuma disebut ‘alor’. Perkataan ‘alor’ itu tidak digunakan sebagai nama tempat tetapi sebagai pernyataan rupa bumi di situ. Maka kawasan di kuala alur itu disebut ‘kuala alor’. Apabila orang Cina sampai ke situ mereka menambahkan perkataan ‘Malai’ di hujung ‘alor’ untuk membayangkan bahawa kawasan di tebing alur itu didiami oleh orang Melayu. Pada masa sebelum Siam menyerahkan Kedah kepada Inggeris pada tahun 1909, pangkalan di Kuala Alor itu sudah maju dan sibuk. Orang Melayu menggunakan pangkalan itu untuk memunggah barang dagangan yang dibawa dari Kuala Kedah. Perahu-perahu yang singgah di pangkalan itu dikatakan ditambat pada mana-mana pokok yang berdiri di tebing alur. Akan tetapi ceritanya berlainan ketika orang Melayu baru memulakan perkampungan di situ. Ketika itu perahu tidak banyak dan di tebing kuala alur itu terdapat sebatang pokok setar (juga disebut kundang) yang sangat tegap kedudukan pokok setar di tebing itu memudahkan pendaratan. Pada pokok setar itulah lazimnya perahu-perahu yang menggunakan pangkalan itu ditambat.


Akhirnya perkataan ‘setar’ sempena nama pokok itu dicantumkan dengan ‘kuala alor’ untuk menghasilkan nama Kuala Alor Setar. Perkataan ‘kuala’ kemudian digugurkan daripada nama itu apabila kawasan perkampungan itu meluas dan pergantungan penduduk pada pangkalan itu menurun. Sehingga kini tiada seorang pun yang mengetahui bagaimana percantuman nama itu berlaku dengan lebih tepat. Menurut satu cerita, percantuman itu berlaku semasa seorang penduduk kampung itu berbual dengan kenalan barunya di Kuala Kedah. Selepas selesai menjual hasil kebunnya dipekan itu, dia berehat ditepi sungai untuk memulihkan tenaganya sebelum mudik ke kampungnya semula. Di situ dia didatangi seorang pemuda yang sedang mencari perahu untuk ditumpang balik ke kampungnya yang tidak jauh dari Kuala Kedah

“Hendak ke mana? Tanya pemuda itu. “Kuala Alor,jawab pemilik perahu itu. “Kuala alur?! Alur mana? Tanya pemuda itu lagi. Termenung sebentar pemilik perahu itu. Kuala Alor yang mana lagi? Kemudian dia menjawab: “Kuala Alor… dekat pokok setar di hulu sungai? “Ah, kuala alur setar Sejak dari peristiwa itu nama Kuala Alor Setar mula digunakan, tetapi tidak lama selepas itu ‘Kuala’ digugurkan
Rujukan : sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id


21 Mei 2010 (Jumaat)

Selepas sembahyang Jumaat, ak berkemas untuk pergi ke JBS Negeri Kedah untuk membuat pengesahan pendaftaran dan mengambil no.Plate serta Goodie bag . Setelah MTB di ceraikan dari frame dan tayar lalu di masukan di dalam kereta (bila agaknya boleh pasang kaki kt atas bumbung keta nie), dari kangar bergeraklah ak pergi ke JBS Negeri Kedah yg terletak berhadapan dengan Stadium Darul Aman seorang diri. Dalam pukul 4.30 petang sampai aku disana dan membuat pengesahan pendaftaran, no Plate MTB ak ialah 262. Setelah mengambil goodie bag aku pon bergerak pulang ke kampung aku tercinta iaitu Pokok Sena (Hidup Pokok Sena) walaupun kemeriahan Hari Peyayang di perkarang Stadium nampak lebih seronok tetapi naluri ak untuk pulang tetap lebih tinggi.

Kayuhan sepanjang 55 KM ini meliputi jalan offroad batas-batas sawah, jalan-jalan kampung,

22 Mei 2010 (Sabtu)

Seawal 6 pagi ak bertolak dari umah ke Stadium (Starting point). Hujan yg agak lebat pagi itu menandakan ia tidak akan behenti hingga ke tengahari, alamat la berhujan la ak time kayuh nant. Sesampai je kwaan area-area stadium, ak mula mencari parking yg mudah untuk aku pulang selepas kayuhan jap lagi.dalam hujan renyai ak memasang MTB ak dengan semangat, Kelihatan begitu ramai peserta yg pelbagai ragam dan pelbagai MTB yg mahal ada yg murah pon ada.tepat jam 7.00, semua peserta berkumpul di starting point iaitu di dalam Stadium Draul Aman untuk menunggu ketibaan KDYMM Sultan Kedah.Alhamdulilah hujan berhenti sekitar stdium tetapi langit masih lagi gelap menandakan hujan akan turun lagi.

Tepat jam 8.00 pagi, Sultanah Kedah telah meyempurnakan pelepas Kayuhan Jelapang Padi ini dengan jayanya disaksikan Sultan Kedah dan Dif-Dif Terhormat. Semua peserta bertenaga mengayuh MTB masing-msing dengan sekuat tenaga keluar dari kawasan stadium untuk pergi ke checkpoint-checpoint yg ditetapkan.


Pelepasan dengan semangatnya


0 KM-Perkarangan stadium

2-3 KM
Trek perjalanan yg sekata daripada on road msuk ke laluan offroad iaitu jalan-jalan batas ban (tali air) sawah (bendang). Trek sawah yg beselut akibat hujan malam semalam serta pagi menambahkan lagi cabaran pada rider...MTB? lagi la xnampak mcm rupa MTB dh..dengan selut mengotorinya. Kayuhan yg ckup mencabar tapi keindahan jelapang padi yg menghijau dan menguning terbentanga selaus mata memandang menghilangkan penat rider termasuk aku.Part yg paling best skali ialah pemandangan ke arah Gunung Keriaang iaitu destinasi checkpoint seterusnya.


KM 2-Pintu msuk ke offroad


KM 3

8-15 KM
Check point ini kembali ke trek onroad tetapi jalan-jalan mini tar kampung, kelajuan kayuhan semakin pantas kerana jalan tar yg rata dan selesa. Cabaran kecergasan Rider diuji.Kayuhan sehingga melepasi Gunung Keriang dan melalui hadapan Muzium Padi. Selepas melalui muzium itu, Feeding point pertama menanti, Stiker di tampal di no plate dan minuman diberikan. Ketika itu juga hujan semakin rancak turun membasahi rider.


KM 8


KM 15-Feeding Point ke-1

20-23 KM
Kayuhan diteruskan lagi, kali ini trek memasuki kembali ke laluan offroad iaitu jalan-jalan batas ban dengan mengikut tali air disebelah kiri dan sebelah lagi ialah petak-petak padi yg meluas. Laluan –laluan perkampung pesawah sekitar kawasan alor janggus ini sungguh menarik kerana keindahan sawahnya serta angin yg lain mcam feel die. Dengan deretan rider-rider di depan dan dibelakang meniti denai-denai yg sempit, agak sukar untuk memotong rider lain di trek ini kerana agak sempit.


KM 20...


KM 23-jalan batas ban, tepi sawah

25-30 KM
Laluan offroad yg melalui tali air itu diteruskan sehingga ke penghujungnya iaitu hingga ke tepi laut sekitar kawasan Kuala Kedah. Kali nie cabaran trek offroad diteruskan dengan laluan tepi laut, dengan trek-trek berlopak bertakung air serta berselut akibat daripada hujan yg terpaksa di redah oleh rider-rider. Dengan tiupan angin laut yg agak kencang serta bau-bau siput di persisran laut mengindahkan lagi kayuahan aku dan rider-rider lain, dengan pakain yg kotor sejak dari awal perlumbaan lagi tetapi semangat untuk menghabiskan kayuhan ditetap diteruskan.




KM 25


KM 30





kayuhan melalui trek2 sawah

35- 40 KM
Kayuhan di persisiran laut diteruskan lagi, dengan jalan yg agak becak serta tumbuhan2 menutupi jalan bebatu itu, ini merupakan slah satu cabaran bagi rider untuk menempuhi trek-trek yg disajikan.Trek offroad persisiran pantai itu diakhiri di Kota Kuala Kedah, di situ merupakan feeding point kedua, seperti biasa air dan pisang diberikan serta sticker dilekatkan di no. Plate.





KM 35


KM 40


Feeding point Ke-2

45 KM
Perjalanan diteruskan lagi untuk menamatkan kayuhan, kali ini kembali kepada trek batas ban, kali ini suasana ia lain sikit, ini kerana suasana berlatarbelakangkan kampung-kampung pesawah yang bagaikan pulau-pulau di sekeliling sawah bendang itu. Di sebelah kanan terk pula terdapat sungai buatan yg agak besar yg mengairi kawasan bendang. Ada satu bahagian kami terpaksa melintas sungai itu dengan sebuah titi yg agak usang.


melintasi titi yg kecil dan usang


KM 45



50- 52 KM
Kayuhan memasuki Kilometer terakhir dengan feeding point yang disediakan penganjur membekalkan minuman isotonik 100 plus kepada rider untuk mengembalikan kesegaran untuk kayuhan terakhir ini. Trek laluan melalui mini-mini tar kampung dan masih masuk ke jalan-jalan batas ban.Dari jauh sudah kelihatan lampu Stadium yg merupakan finishing point untuk kayuhan ini. Maka dengan tenaga yg berbaki digunakan sebaik-baik mungkin, untuk menghabiskan kayuhan ini, pecutan terakhir ditunjukan oleh sesetengah rider untuk merebut tempat yg terbaik. Tempat ke 1-10 dibekalkan hadiah leh penganjur.


KM 50-Feeding Point Terakhir


KM 52-kilo meter terakhir

55 KM
Akhirnya penamat diletakan di betul-betul hadapan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu bertentangan dengan stadium darulaman.Penat lelah serta kepuasan terpancar kepada rider-rider yg baru smapai termsuk aku. Untuk kayuhan amal Jelapang Padi ini aku mendapat tempat 44 daripada 400 orang peserta, Alhamdulilah dapat juga top-50.


KM 55-Penamat


Tepat jam 12.30 tghari pihak penganjur menyediakan makan tgahari dan majlis cabutan bertuah serta peyampaian hadiah dilansungkan tepat jam 1.30 petang. Aku tidak bertuah hari ini kerana taida satu cabutan yg mengena untuk no.plate aku. Tepat jam 2.30 petang majlis bersurai.Aku yg kebetulan bertemu dengan kawan sekolah lama semasa Hari Peyayang sempat berjalan-jalan menemaninya melawat sekitar sambutan itu hingga ke petang. Jam 6.00 petang aku bertolak pulang ke Perlis dengan membawa pengalaman yg berharga dari halaman sendiri.

Rumusan :

Kayuhan Amal Jelapang Padi ini merupakan event MTB yg kedua bagi diri aku selepas RUN 10 di Pauh Perlis,ia memang berbeza dari segi trek (tiada Uphill dan Down Hill), Masa (event ini mengambil masa yg singkat berbanding RUN 10), Cuaca yg kebayakan event ini hujan sepanjang masa dan Suasa (sudah tentu la setiap event mesti la suasa dan keadaan yg berbeza). Kayuhan lasak yg tidak melibatkan uphill dan down hill mempunyai cabaran tertentu, rider mesti la mempunyai kecergasan badan yg tinggi kerana para rider akan berlumba-lumba dengan membuat kayuhan yg pantas di jalan yg rata (mini tar). Bagi jalan offroad (batas ban, persisiran laut) para rider perlulah membuat siri kayuhan yg lasak supaya MTB dapat brgerak dengan lancar di jalan yg tidak rata dan berlumpur.

Kayuhan di halaman sendiri merupakan satu kelebihan, ini kerana rider sudah dapat mengagak laluan-laluan yg bakal dilalui. Oleh itu rider akan lebih bersedia dan dapat membajet kekuatan kayuhan yg ingin dilalukkan sepanjang perlumbaan. Keadaan MTB haruslah di servis sebelum menyertai sesuatu event ini pentaing supaya ia lancar ketika kayuahan, kebanyakan incident yg berlaku terhadap rider ialah tayar pancit serta rantai putus ini kerana kedaan jalan yg tidak menentu serta jalan yg berbatu (untuk event ini) berkemungkinan kejadian-kejadian seperti itu kerap berlaku.

Pengalaman kayuhan dilaman sendiri akan digunakan sebaik-baiknya untuk aku di event, jamboree, kayuhan seterusnya....


Kayuhan lasak..


Never Stop Exploring......

0 comments: