BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 25, 2010

Gamble Berani Mati..JERAI



Trip yg betol2 berani mati,dlam line up yang paling sedikit dan log perjalanan yg agak extrem serta G.Jerai itu sendiri dengan pelbagai mistik dan unik...Tapi semangat gamble yg kuat..kami teruskan jugak.

Tempat : Gunung Jerai, Yan Kedah
Ketinggian : 1200 M dari paras laut.
Peserta : 2 org.(aku(iejat) dan Mcha)

15 Mac 2010

Jam 3.30 mcha gan WAT die datang ambik ak kat umah, kami shoot ke balai polis Guar Chempedak untuk laporkan kegamblelan kami nie. Tepat jam 4.00 kami selesai buat laporan terus shoot ke Pantai Murni, biasa la ambik angin pantai dlu sambil makan nasi goreng ayam gan mcha ambik nasi goreng sotong. Nie semua ak punya angkara la lapar lak seblum naik gung. Yang si macha lak order cendol lumut lak, kalau nak try pegi ke pantai murni nie, yan,Kedah ada cendol lumut 2..hehehe.

Selepas park keta kat masjid kat pekan Yan, pkul 6.00 petang, kami memulakan keGamblelan ini dengan bacaan Doa, Perjalanan bermula dari masjid itu ke Rekreasi Titi hayun (kaki gunung), iaitu salah satu jalan untuk ke gunung jerai. Selepas melalui jalan raya yang agak jauh kami sampai ke Titi hayun jam 6.45 petang. 2 BOTOL 1.5 LITER dipenuhkan dengan air terjun dkat situ.

Tepat pukul 6.50 petang perjalanan menaiki tangga 1000 tahun bermula, dengan semangat yg kuat kami mendaki tangga walaupun beberapa kali take two ambil nafas.rupanya naik tangga lagi penat dari trekking yang mencanak.. betol kan.??? Kami sampai ke satu pondok yang menandakan hujung bagi anak2 tangga itu pada pukul 7.10 mlm (agak lajunye maklumla 2 org je). Pendakian diteruskan lagi dengan trekking yang sebenar, trek yang agak mencanak menyukarkan lagi dengan bunyi2 yg kurang enak di dngar.

Jam menunjukan 7.30 mlm, selepas mendgar laungan azan, kami mngambil keputusan untuk take 15, untuk menghormati azan dan waktu maghrib. Kami mendgar 2 -3 laungan azan, menandakan kami masih lagi berada di aras ketinggian yang rendah. Kami meneruskan perjalanan kami dengan berlampukan hatlamp dan hati yg berani.

Trek pendakian menjadi semakin mencanak, sehinnga la kmi sampai ke satu ’pit stop’ iaitu titi teras pada jam 8.15 mlm. Titi besi+konkrit yang dibina untuk naik ke stu tempat berbatu. Pemandang yang indah dikala malam di titi teras mnyebabkan kami hbs kan 15 minit disana. Selepas menghbs satu air botol 1.5, kmi mula bergerak ke next pit stop iaitu Resort. Trekking menjdi semakin mendatar menanda kami hamper smapai dan kelibat lampu-lampu dari pencawang Telekom Malaysia ™ (puncak), ini membuatkan kegairahan kami semakin mebuak2. Perjalanan menjadi semakin pantas.

Akhirnya,selepas melalui satu trekking yg mencanak dari kawsan mendatar itu,kami sampai ke tangga kenari iaitu tangga yg menghubungkn kami ke resort.jam menunjukan pkul 9.00 pagi. Untuk ke resort hanya memkan makan 15 minit shaja. Akhiranya tepat jam 9.15 kami sampai ke resort.






Dengan semangat kegamblen yg masih tinggi, ak dan mcha mngambil keputusan menerusakn lg perjalanan untuk ke puncak (pencawang TM) mlm itu jugak. Selpas mngisi air penuh perjalanan ke Pencawang bermula (9.15 mlm) Dlam perjlanan ke sna kami melalui kawasn seperti Telaga Tok sheikh dan batu kapal,dengan bberapa buah kenderaan yag terdapat di kawsan itu kami tidak singah ke kawsan itu,perjanan diteruskn dengan trek jalan raya yang berpusing2 lereng yag agk mencnak.tepat jam 10.15 kami sampai ke satu kawsan yg di beri nama Padang Tok Sheikh dan abtu shaff, kami cuba memberanikan diri utk msuk ke sna dengan niat nak dirkan fly dan tidur. Apabila sampai ke stu kwasan lapang,(padang la kot) tiba-tiba kelihatan asap berkepul-kepul, dan ditengah2 padang itu kelibat seorang manusia berjubah putih duduk bersila dan seorang lagi berjubah hitam berada berhampirannya..ak gan mcha pe lagi cabut la...dari situ...dgan penuh berdbar2...harap2 manusia la...Amin.



Keluar je dari kawasan 2 kami teruskan perjlanan sampai la ke stu papan tnda yg tertulis ’kawasan larangan’ siap ada gambar org acu senapng kat org. 2 tanda nye kawasn pencwang 2 kawsan laragn kot or kawsn tentera. Hampa perasaan kami, kami pon turun dengan lajunya hingga ke kawsn pondok tepi jln lepas resort itu. Fly dipasng untuk menutup bhagia angin msuk ke pondok itu, hammock digantug, 4 bungkus maggie dimsak dan air oligo koko di bancuh kemudian makan.kmi pon tidor.




16 Mac 2010

Jam menunjukan 9.00 pagi, kami msih membuta dlam kepompong lagi, jam 10.00 pagi baru kami bersiap2 untuk turun, dengan bersarapankan milo sahaja, kami meneruskan perjalanan menurun ke jalan raya hingga lah ke muzium perhutanan.Turun anak tangga belakang mzium itu hingga la jumpa tapak perkhemahan Sg Teroi. Tapak perkhemahan ini memng sangat popular kerana kbayakan program diadakan di camp site itu. Terdapat sg yang sangat sejuk airnya walaupun di tgah hari.kmi memenuhkn 2 botol 1.5 l dengan air.



Tepat jam 12.00 tghari, perjalanan kami trun bermula dengan melalui jalan seri perigi, trek itu bermula diblakang surau berhampiran periga di Camp site Sg Teroi. Treking bermula dengan hutan semak kemudian kawasn berbatu-batu, trek menurun agak curam. Kami trun hanya berpandukan tanda-tanda cat biru pada pokok dan tanda pada pokok. Kelihatan pada bukaan denai trek ini ternyta jarng org melalui laluan ini. Kebyakan pokok2 di kawasn nie tumbuh dengan besar dengan pokok balak nya, gaharu dan mcm2 lagi.

Kami menurun hingga sampai ke sabatng sungai (12.55 tghari), keindahan sg yg tidak dicemari itu kami berehat sambil merendamkan badan..maklum la dah sehari xmandi. Tepat pukul 1 kami meneruskan perjalanan, slepas merentasi sg itu, kami terpaksa melalui kawasn berbatu mujur la ada tali yg dapat mebantu kami melalui kwasan itu. Kebyakan kwasan yag kami lalui landai dan berair menjadi habitat kepda haiwan, terutamanya jantolak,mmmm nasib baik je kami dgar bunyi je tp xnampak kelibatnya...so kami ambik langkah berjaga smasa trekking dangan sebatg kayu di tangan yang panjgnya perlu melebihi pars kapla (bak kata mcha).



Jam menunjukan 1.50, bukaan trek semakin membesar, menandakan kami semakin hampir. Setelah tanda-tanda pada pokok telah tidak kelihtan, kami berjalan mengikut paip pula hingga ternampak sebauh camp site yag terbiar dan pondok2 kecil, tepat pukul 2.00 petang tiba lah kami di Rekreasi Seri Perigi, yan kedah. (kaki gunung), ration dibukak, kami makn tgahari di sna dengan makan nasi goreng cina berlaukan sardin. Selesai makn, dlam pukul 4.00 kami bertolak pulang,untuk ke masjid Yan itu, kami terpaksa tumpang makcik kg 2 sampai ke jalan besar kemudian naik teksi yg tambgnya RM1.50 untuk sampai ke Masjid temapt letak keta itu.




Rumusan:

Trip gamble 1st time memang memberi impak kepada diri aku, ia menjadikan dri aku betol2 besedia untuk menghadpi cabran yg akan datang disamping menambh keiginan aku untuk terus mengemble. Bnyak benda yg ak bljar kat kursus-kursus rekreasi yg ak dpat practik time gamble nie.

Ak bagi la ckit tip bagi sesiapa nk gamble

• Kita kena yakin dengan ape yg kta buat 2., waulaupun pe halangan pon kna yakin
• Kalau nak gamble biar dalm bilangan sedkit mim 3 org la (jgn tiru mcm kami)
• Maklumkan kt pihak yg berkuasa pasal aktiviti korang tu
• Sebelum gamble, stdy dlu log-log expedisi lain la kalau korang dh pernah pegi dah expedisi 2
• Ilmu-ilmu asaa rekreasi mesti kuat seperti masak, packing, naikan fly, bantu mula
• Peralatan mesti atau sekurangnya lengkap la seperti messtine,solid fuel, fly,parang, First aid, lampu..penting sleping bag..hehe
• Ration yg penting2 je...jgn la bawk byk2 sgt...berat beg je.
• Kalau dalam kumpulan itu, lantik ketua(so ank2 buah kna ikut ckp ketua la)
• Jaga kesalmatn diri dan sentiasa besedia dgn cabran yg kita xtau kelak.

Ok cukup skat ini, nant kan la siri2 log gamble ak yang akn datng....

Never Stop Exploring.....

0 comments: