Gambar ehsan drp OGKL
Tempat : Trans Titiwangsa V.1 ; Gunung Korbu (Perak), Gunung Gayong (Perak) dan
Gunung Yong Belar (Perak-Pahang)
Ketinggian : 7162 kaki (2183 M ) G.Korbu, 7124 kaki (2173 M) G.Gayong dan
7156 kaki (2181 M) G.Yong Belar
Peserta : Apis (Radak),Apit(Radak), Abg Shahrul (Freelance), Kak Long (Freelance),Ijat,Apai, Pelajar-pelajar dari UMP, UTEM dan UIA yg diketuai oleh Anuar (sorry geng aku xbape ingat nama-nama korang yg pasti 17 org semua)
Sehari sebelum exam, saudara Chot ada menawarkan kami pakej Trans Titiwangsa V.1 (KGYB) bersama Crew Radak Adventure dengan pakej yg berpatutan (kira menempek trip org la), beliau (chot) menyuruh kami terus menghubungi Ryoq (CEO Radak Adventure). Dengan kadar yg cepat kami terus menghubungi Ryoq dan menyatakan hasrat kami, Ryoq merestui hasrat kami dan tarikh yg dia tetapkan ialah masa Krismas. Untuk menguatkan lagi kepastian kami untuk menyertai xpdc ini kami telah pergi berjumpa sendiri dengan Ryoq di Gua Tempurung ketika mereka sedang membuat pendaftaran untuk event Peace Ride Jamboree 2010. Segala perbincangan dan persiapan selesai maka pengembara Trans Titiwangsa bermula...
Sabtu, 25 Disember 2010
Seawal jam 3.00 pagi, aku dan Apai sampai ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ipoh dan dijemput oleh Apit dengan vannya menuju ke Tanjung Rambutan atau lebih spesifik lagi ke Empangan Sultan Azlan Shah (starting Point). Sesampai disana kami disambut oleh peserta-peserta expedisi yg lain. Kami berehat sebentar sementara menunggu hari untuk siang.
starting point..empangan sultan azlan shah
peringatan yg terdpat di pagar INTAKE
Jam menunjuk pukul 7.30 pagi maka persiapaan untuk mendaki dilaksanakan.Setelah semua selesai kami berkumpul di muka pintu empangan intake.Kelihatan sebuah lori menunggu kehadiran kami. Setelah mendapat perlawaan untuk naik , kami dengan rasa teruja memanjat ke belakang lori hinggalah muatan penuh. Tepat jam 8.15 pagi kami di bawa memasuki empangan itu melalui jalan mini tar yang agak memanjat hingga sampai ke sebuah tempat yg agak lapang iaitu pintu rimba (dahulu dikenali dengan pondok Bas/bus stop) pada jam 8.45 pagi. Disini sarapan nasi lemak diberi. Pembahagian ration serta alatan untuk digunakan semasa expedisi dilaksanakan,setelah dibahagi dan diberi kepada peserta, final packing dilakukan.Sebelum ekpedisi bermula, Ryoq selaku ketua ekspedisi memberi taklimat serta memohon maaf keatas kekangan masanya untuk menyertai trip ini kerana beliau amat diperlukan di tempat lain. Beliau menurunkan kepercyaanya kepada Apis dan Apit untuk mengemudi expedisi ini serta di bantu oleh aku dan apai juga tidak ketinggalan Abg sharul dan Kak long.
lori yg membawa kami ke 'pintu rimba'
Taklimat oleh Boss
'pintu rimba'laluan starting trek
Tepat jam 10.41 pagi ekspedisi bermula, kami melalui denai-denai yg agak besar yg berkemungkinan laluan orang asli. Bukit pertama yang kami memanjat ialah Bukit nenas bukit yg agak landai tetapi cabaran yg kami terpaksa lalui ialah pacat. Memandangkan trek-trek laluan berhampiran sungai dan adakalanya kami perlu merentsi sungai cabaran pacat sungguh mencabar. Kami meneruskan cabaran mengemudi Sungai Termin hingga kami kami sampai ke sebuah check point Air Terjun Batu Besar tepat jam 1.00 tghari.Sebuah air terjun yg indah dan port untuk tiruk. Disini kami makan tengahari. Hanya masak nasi dan makan lauk yg ditapau dari kedai. Di Air terjun ini kelihatan banyak ikan tengas yg bijak-bijak belaka..,memang susah untuk ditangkap jika tiada mata.
air terjun batu besar
ikan-ikan tengas yg 'bijak2'
Setelah puas bertiruk, tepat jam 3.10 petang kami meneruskan perjalanan ke Kem Seroja. Kami dihidangkan dengan sebuah Bukit Penat yg memang penat nk memanjatnya. Setelah berjaya menakluk bukit itu kami meneruni pula hingga ke sebuah lembah kemudian kembali memanjat Bukit yg lagi penat hingga la kami merentasi 3 buah anak sungai untuk bertemu dengan kem Seroja tepat jam 4.00 petang. Disini kami bermalam untuk hari pertama.
kem seroja..
water source untuk kem seroja
Ahad 26 Disember 2010
Pagi di Kem Seroja lain mcm sejuknya walaupun ketinggianya lebih kurang 780 m dari paras laut, sarapan pagi dihasilkan dan persiapan untuk meneruskan pendakian dilakukan. Untuk hari ke-2 ini destinasi yg dijangkakan ialah Puncak Gunung Korbu. Tepat jam 11.15 pagi kami bertolak ke kem Kijang. Jika semalam aku dan apis berada di hadapan (penunjuk arah), untuk hari ini kami berada di belakang pula sebagai sweaper. Kami memulakan treking dengan memanjat sebuah bukit yg agak landai dan masih merentasi anak-anak sungai sebelum sampai ke kem Kijang. Tepat jam 12.35 tengahari kami sampai ke kijang, suasana kem site tepi sungai yg indah tetapi perlu berjaga-jaga jika air sungai naik kem site ini akan menjadi sebuah pulau. Disini kami berehat-rehat sambil menikmati suasana sungai dan agas.
Kem Kijang
take-5 di kijang..
Tepat jam 1.35 ptg bertolak ke last water point (7e) iaitu last water point sebelum ke puncak Korbu, trek yg memang mencanak dengan memanjat sebuah bukit. Pukul 3.55 petang kami sampai ke last point dengan ketinggian 1555 M kami makan tengahari. Disini air diisi untuk digunakan di puncak Korbu nanti.
Last water point (7e)
water source 7e
Dari last water point kami gerak ke puncak botak (jam 6.00 petang).Trek masih lagi mencanak hinggalah kami sampai disebuah puncak yg kecil maka jam 6.55 petang kami sampai ke puncak botak dengan ketinggian 1860 M . Kami take 5 disini untuk menghormati waktu Maghrib, sayup kendengaran azan yg berkumandang dari masjid-masjid berhampiran...
Puncak botak...apai dan amir
cuban..
7.30 malam kami meneruskan perjalanan ke puncak Cuban. Untuk ke puncak ini, kami terpaksa memanjat sebuah bukit batu yg mencanak (lebih kurang 90 darjah) dengan ada satu-satu bahgian itu terpaksa menggunkan tali untuk berpaut. Cabaran ditambahkan lagi dengan lumpur serta pencahayaan yg terhad (waktu malam). Dalam perjalanan kami tersentak seketika tatkala melihat bandaraya Ipoh bergemelapan diwaktu malam ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Tepat jam 9.05 malam kami sampai ke Pucak cuban dengan ketinggian 2070 M. Destinasi terakhir kami sebelum ke Puncak Korbu ialah Korbu Raya (anak Korbu). Trek pematang yg kami lalui di litupi dengan tumbuhan-tumbuhan renek serta lopak-lopak lumpur, hingga la kami terjumpa sebuah batu yg menandakan bahawa itu ialah korbu raya kami meneruskan cabaran lagi dengan memanjat bongkah-bongkah batu. Tepat jam 10.40 kami sampai ke Puncak Korbu dengan ketinggiaan 2183 M dari paras laut serta suhu yg lebih kurang 9 darjah celcius. Gunung Korbu merupakan gunung ke- 7 tertinggi di Malaysia dan ranking ke -2 daripada kumpulan G7. Kami makan malam dan tidur disini...peserta-peserta juga sempat membakar mercun di puncak ini.
Puncak Korbu
aku dan korbu
apai dan korbu
view-view dari puncak korbu
View Puncak gayong daripada korbu
Fly kami..
Isnin 27 Disember 2010
Seawal jam 9.00 kami bangun untuk sediakan sarapan serta berkemas-kemas dan bergambar.Suatu fakta yg menarik, menurut abg Sharul tapak fly kami adalah lokasi khemah bagi mangsa pendaki yg meninggal akibat daripada lemas gas (ada kitakan mereka overtired) mujurla tiada apa yg berlaku malam semalam. Tepat jam 12.00 kami memulakan treking untuk hari ke-3 ini, lokasi pertama yg dituju ialah Puncak Gunung Gayong. Untuk ke sana kami melalui permatang yg menaik dan menurun. Daripada ketinggian 2183 M kami menurun kepada ketinggian 1970 M kemudian memanjat kembali untuk sampai ke sebuah simpang iaitu ke Puncak Gayong (kanan) dan ke Kem Cerek (kiri) pada jam 2.15 petang.
simpang ke kem cerek dan Puncak Gayung
view Gunung korbu dari trek ke Gayung
Dengan free body kami pergi ke Puncak Gayung yg hanya mengambil masa 15 minit dari simpang ini. Gunung Gayong merupakan gunung ke-9 tertinggi di Malaysia dan ranking ke-4 dalam kumpulan G7 dengan ketinggian 7124 kaki (2173 M).
Gunung Gayong
Puncak Gayong
Aku dan Gayong
camp site di Puncak Gayong
Kami mula bergerak dari puncak Gayung ke Kem Cerek pada jam 3.30 petang. Trek yg menurun hingga la ternampak sebuah lembah yg agak rata iaitu Kem Cerek (4.45 petang dan ketinggian 1985M). Disini kami masak dan makan tengahari. Untuk mengambil sumber air disini agak mencabar, dari kem site kami terpaksa menurun ke satu lembah lagi yg mengambil masa selama 10 minit. Kami perlu membawa bekalan air yg secukupnya agar adapat digunakan di gunung Junction (tempat bermalam).
Kem Cerek.
Water source di kem Cerek
Tepat jam 6.40 petang kami meneruskan perjalanan iaitu ke Puncak Junction. Dari Cerek kami terpaksa melalui trek yg memanjat serta menurun beberapa buah puncak. Kami take-5 di sebuah puncak untuk menghormati waktu maghrib.
View Korbu-Gayung dari track
View Yong Yap dari track
Cabaran ditambahkan lagi dengan treking diwaktu malam ditambah pula dengan hujan yg renyai-renyai serta angin yg sepoi-sepoi bahasa. Guide sempat memesan kami agar berhati-hati akan kelibat panther atau harimau bintang kerana terdapat bebrapa kesan jejak beliau dan tahi di trek laluan. Trek yg masih lagi memanjat membuatkan pergerakan kami menjadi lembap. Tepat jam 9.10 malam kami sampai ke Puncak Junction dengan disambut oleh pendaki dari pelajar UTP, mereka dari Gunung Yong Belar dan menuju ke Korbu-Gayong esok dengan cabaran Trans-Titi V2, guide yg mengemudi group ini ilah abg yen renjer dari pejabat hutan. Dengan budi bicara mereka kami meminta sedikit ruang untuk menampung group kami dan group mereka (seramai 24 org) untuk berkongsi kem site, yg dikatakan semangat rekreasi sesama pendaki terhasil apabila mereka sanggup memberi kami tapak serta fly untuk berkongsi...terima kasih Group UTP yg ketuai oleh Abg Tajol (kalau x silap).Kami masak dan makan malam disana dengan ditemani hujan dan angin yg agak kuat, kami tidur dengan nyenyaknya.
Gunung Junction
simpang ke yong Belar
simpang ke Yong Yap
Kem site di junction
Selasa 28 Disember 2010
Gunung Juction merupakan simpang untuk pergi ke Korbu-Gayong, Yong Yap dan Yong Belar. Ketinggian puncak ini ialah 2070 M, dari Korbu-Gayung simpang ke kiri akan ke Gunung Yong Yap dan kekanan/terus akan ke Gunung Yong Belar.Kami bangun dengan keadaan yg agak lengai (maklum la tiap-tiap hari overtime je). Sarapan serta lauk untuk makan tengahari dibuat. Setelah kem site dikemas dan ucapan terima kasih diberikan kami meneruskan perjalanan( 12.20 tghari). Cabaran untuk hari ini agak mudah kerana trek-trek yg menurun sahaja hinggalah ke kem site H2o. Setelah 2 jam treking kami terjumpa dengan sebuah batu besar serta bunyian air sungai kedengaran, ini menunjukan water source tidak jauh dihadapan. Kami menuruni sebuah lembah yg agak curam menuju ke sebuah air sungai. Kami menyeberangi sungai itu menuju ke sebuah tempat yg agak landai untuk makan tengahari. Sekali lagi kami ditemani hujan ketika makan.
Check Point air terjun
Tepat jam 5.30 petang kami bergerak ke H2o. Trek kali ini hanya melalui tepian-tepian sungai yg kadang kala memanjat serta meneruni. Kami sampai ke kem site H2o jam 6.00 petang dengan ketinggian disitu ialah 1470 M. Setelah berbincang dengan ketua peserta dan guide, kami mengambil keputusan untuk bermalam disini selepas mengambil kira faktor fizikal serta mantel peserta yg masih penat untuk membuat OT ke puncak Yong Belar serta beberapa org yg minor injured. Kami set up fly serta masak dan makan malam sini. Serangan agas serta nyamuk menyebabkan tidur kami agak terganggu malam itu.
Kem site H2o
Water source H2o
Rabu 29 Disember 2010
Kem site H2o merupakan kaki Gunung bagi G.Yong Belar, ia merupakan sebuah lembah serta titik terendah (1470 M) dalam Trans Titiwangsa ini. Kem site yg bersebelah sebatng sungai merupakan lokasi yg sesuai untuk pendaki-pendaki bermalam. Hari ini merupakan hari kelima dalam siri pendakian kami. Setelah bangun dengan cergas serta semangat kami menyediakan sarapan dan berkemas-kemas untuk menyambung perjalanan. Tepat jam 12.25 tengahari kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu kem Kuali. Setelah melangkah sungai kami dihidangkan dengan trek memanjat. Kami memanjat dengan penuh bersemangat hingga la bertemua dengan sebuah puncak iaitu puncak H2o (jam 12.55 tengahari, ketinggian 1620 M), namun perjalanan diteruskan lagi dengan memanjat serta melalui trek mematang yg kiri-kananya ialah gaung ditambahkan lagi dengan lopak-lopak lumpur yg mewarnai kasut treking kami.
Pukul 5.00 petang kami berhenti di salah sebuah puncak untuk makan. Menu untuk makan tengahari kami ialah meggie,kek pisang dan air tea (ini untuk menjimatkan masa pembikinan makanan serta air). Kami meneruskan perjalanan dalam hujan. Kami sampai ke kem Kuali pada jam 6.30 petang dengan ketinggian 2010 M. Kuali sememangnya dikenali sebagai kem yg sgt sejuk kerana disini merupakan lembah laluan angin, suhu terendah yg dicatat ialah 14.3 celcius ditambah dengan hujan yg turun.Bekalan air diambil untuk digunakan di puncak. Kami bergerak ke puncak Yong Belar selepas Maghrib (7.20 malam).
kem Kuali
Water source di Kuali
Keadaan trek bertambah mencanak dengan memanjat batu-batu serta akar-akar hinggakan kaki mececah dagu ditambahkan dengan cabaran hujan yg agak lebat, suasan yg gelap dan sejuk, kiranya persediaan mentel yg cukup kuat sangat diperlukan untuk mengharungi situasi sebegini. Tepat jam 8.30 malam kami sampai ke Puncak Yong belar dengan sambut hujan yg sungguh meriah (lebat). Dengan ketinggian 2181 M dari paras laut dan suhu yg dicatat serendah 13.4 celcius ditambah pula dengan angin,hujan dan gelap kami membina fly untuk berteduh. Keadaan puncak yg rata dan tidak berbierut memudahkan kami untuk membina khemah. Setelah selesai makan malam disediakan dan kami berjaya makan pada jam 11 malam. Satu cabaran yg aku akan ingat sepanjang trip ini ialah tidur di puncak ditemani angin seklon (angin yg berputar-putar) sungguh sejuk dan mengigil dibuatnya. Puncak Yong Belar terkenal dengan tempat bertembungan angin yg agak dashyat. Gunung Yong Belar merupakan gunung ke-8 tetinggi di Malaysia dan ranking ke-3 daripada kumpulan G7.
Puncak yong Belar
View dari Yong Belar
Kem site di Yong Belar
Aku dan Yong Belar
Khamis 30 Disember 2010
Hari ini merupakan jangkaan hari terakhir expedisi maka mantel peserta-peserta sangat la baik. Hujan masih lagi lebat dipagi hari itu, agak lengai untuk bagun serta berkemas di Puncak Yong belar, dalam kesejukan itu kami menyediaan sarapan dan makan. Apabila hujan mula renyai, kami pon cepat-cepat berkemas.Tepat jam 1.50 petang kami memulakan treking. Destinasi pertama kami ialah kem kasut.Trek yg kami lalui hanyalah menurun dan berlopak-lopak lumpur. Kami sampai ke kem kasut jam 2.45 petang dengan ketinggian 1955 M dari paras laut. Disini kami take-5, kem kasut dapat memuatkan 20-30 org dalam sesuatu masa.
Kem Kasut
Water source Kem kasut
kami meneruskan perjalanan ke kem Tudung periuk. Untuk ke sana kami melalui beberapa puncak tipu (menurun dan menaik bukit) kemudian turun ke sebuah lembah ternampak sebatang sungai, seberang sungai itu dan panjat sebuah bukit pacak maka sampai la Kem Tudung Periuk (pada jam 5.15 petang dengan ketinggian 1690 M). Kem ini dinamakan Kem Tudung Periuk kerana pihak yang membuka tapak perkhemahan ini menemui tudung periuk di sekitar kawasan tersebut. Setelah kawasan tersebut dibersihkan, ia telah memberi kemudahan kepada pendaki-pendaki untuk menginap tanpa perlu membuka tapak perkhemahan yang baru. Kem ini boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa.Kami ambik minum petang disini.
Kem kasut
Kami meneruskan perjalanan ke destiansi terakhir iaitu Blue Valley Damm. Kami melalui kira-kira 6 puncak tipu, trek yg memanjat dan menurun bukit, kira-kira 4 daripada 6 puncak tipu kita boleh melihat view sekeliling. Puncak tipu yg terakhir, kami dapat melihat sebuah ketamaduanan iaitu perkampungan asli.Turun sahaja puncak itu kelihatn sebuah cabin lama yg ditingglkan, itu ialah kem kabin, group kami sampai ke situ pada jam 6.50 petang dan ketinggian ketika itu ialah 1610 M.
Kem kabin..
Perjalanan diteruskan lagi selepas melangkah sebatang sungai terdapat sebuah simpang yg dipenuhi beberapa batang paip PVc yg panjang menuju ke Damm. Kami ambik simpang ke kiri yg menuju ke damm (dipercayai) simpang ke kanan menuju ke Gunung Charlie Pondok dan 3 Boundries. Kami meneruskan perjalanan dengan meniti batang paip PVC yg sungguh licin ditambahkan pula keadaan hari yg semakin gelap. Terdapt sebuah simpang dan kami ambik kekanan untuk ke damm( jika ke kiri menuju ke kebun). Terdapat sebuah lagi simpang berhampiran dengan batu sempadan Pahang dan Kelantan, kami ambik ke arah kanan. Akhinya kami melalui tangga-tangga yg agak curam menuju ke demm. Kami antara kumpulan pertama yg smapai ke Blue valley demm itu pada jam 7.50 malam dan ketinggian distu ialah 1505 M. Kumpulan terakhir yg sampai pada jam 9.30 malam dan tepat jam 10.00 kami bergerak ke Kg Raja dengan 4WD, atas pemintaan ramai kami terus pergi ke pekan Brincang untuk bersurai disana.
Treking di paip-paip pvc yg licin.
Rumusan :
Tamat sudah expedisi 6 hari 6 malam dengan penuh cabaran dan dungaan, terima kasih kepada Radak advanture (Ryoq,Apit dan Apis) yg sudi membawa group ini menyempurnakan trip ini, kapada anuar and the gang terima kasih juaga kerana sudi menerima kami untuk mengikuti trip ini..Abg Sharul dan Kak long juga tidak ketinggalan kerana sudi berkongsi pengalaman-pengalaman dengan kami. Trip Trans-Titiwangsa ini merupakan trip yg wajib naik bagi kaki-kaki gunung kerana banyak cabaran-cabaran serta view-view yg menarik boleh di temui. Tapi satu yg aku terkilan dengan trip ini kerana tidak sempat menyediakan sebuah kamera untuk menangkap gambar2 kenangan..tapi mujur la kamera hp membantu untuk mendpat snap-snap yg menarik....
NEVER STOP EXPLORING...
Saturday, January 15, 2011
EKSPEDISI PENUTUP TAHUN 2010: TRANS TITIWANGSA V.1
Posted by Syahir Aizat Bin Yahya at 7:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment