Ini merupakan trip ke-4 ak naik G.bujang melaka,kampar perak, Tapi trip nie lain skit dari yg lain, iaitu 2 org je line up, trip paling byk hbs duit dan hanya stu hari punya keja. Org ckp bujang melaka nie tido kt kem lebah best sebab ada sumber air yg byk, kami just lalu je...
Tempat : Gunung Bujang Melak, Kampar ,Perak.
Ketinggian : 1233 M dari paras laut.(4048 kaki)
Peserta : 2 org.(aku(iejat) dan apai)
27 Mac 2010
5.30 pagi
Keretapi sampai ke stesn kampar (dri pukul 6.00 ptg dari arau). Agak lama berada didalm keretapi, yang mengalami kerosak di butterworth. Solat subuh di stesen keretapi dan tukar uniform trekking.
6.30 pagi
Berjalan menuju ke taman suria kemudian msuk ke kg Batu berangkai dlam keadaan yang gelap bersama-sama uncle dan unty yg selalu bersenam di air terjun batu berangkai.Kami sempat mengikuti senaman mereka..untuk panaskan badan katakan.
7.00 pagi
Sampai ke batu berangkai, check barang2 serta uniform yg betol nk masok utan. Kemudian bertolak ke empangan. Untuk ke empangan ia melalui byak simpang, kmi mengikut jalan mini tar hingga ke umah org asli dan titi besi. Langkah titi besi itu kemudian belok kanan, trus hingga jumpa sebuah emapagan batu.
7.15 pagi
Sampai ke empangan,bersarapan dengan roti kacang merah dan milo oat. Tidak lupa juga maggie ayam. Air terjun di empangan yang indah lagi bersih, kami sempat meniruk beberapa kali untuk lepas giant. Airnya yg sejuk serta nyaman membuatkan kami seakan-akan tidak mahu teruskan trekking, tetapi atas beberapa alasan yg munsabah kami mneruskan perjalanan.
7.50 pagi
Bertolak ke pasir berdegung, terk pendakian agk landai, kami melakukan pergerakan agk pantas, maklum la, jantung kami semua simpan dalam beg (agak2 faham ye..hehehe) trek menjadi sedikit mencanak apabila hendak sampai ke pasir berdegung.
8.30 pagi
Sampai ke check point pasir berdegung. Kat sini kami take-5 sambil makan cloud-9 (yum2). Checkpoint pasir berdegung ini merupakan kawasan yang agak rata dan luas. Menurut sumber yang tidak dikenal pasti nama temapt pasir berdegung ini bersempena flem P.ramlie iaitu laksamana Do Re Me, dikatakan tempat itu landingnya tikar terbang untuk smapi ke negara pasir berdegung (entah betul entah tidak).kami bertolak ke next check point kedai kopi.
9.00 pagi
Sampai ke kedai kopi, selepas melalui trek yang menaik serta landai.Di sini terdapat satu lalun sungai yg gak besar. Kami mengambil keputusan untuk minum pagi di situ. Bermenu kan cucuk ikan bilis dan milo oat, kami minum pagi (agak mewahnye ration kami kan). Lepas ja makn, sempat lak kami bermndi-mandi hiburkan hati.
cucur bilis...
10.00 pagi
Kami meneruskan perjalanan ke kem lebah. Kali ini, perjalanan menjadi semakin sukar dengan trek yang mencanak, pokok2 balak yang runtuh serta melintas air0air sungai. Dugaan kami diteruskan lagi hingga la kami berjumpa dengn pohon2 paku-pakis yg menandakan kem lebah semakin hampir. Setelah berjumpa dengan satu kawasn tanah runtuh, kami tersenyum riang dan pergerakan kami semakin pantas, ini menandakn kem lebah hampir-hampir sampai.
10.50.pagi
Akhirnya, kaki menjejaki di kem lebah, selepas kami bersusah payah berlari (bergerak pantas) seakan-akan menyertai curcuit mendaki. Dengan hati yg puas kami take-10. kami msih memerlukan bebrapa joule lagi untuk sampai ke puncak. Kem lebah merupakan satu kawasan lapang yang luas, sesuai untuk dijadikan camp site (50-60 org). Kemlebah nie juga terdapat sumber air yag bersih serta banyak iaitu terdapat sebatang sungai+air terjun. Mungkin ini satu-satunya gunung yg terdapat air terjun diatas(berdasrkn pengalamn yg sdikit ini la).Ini merupakan last water sourse sblm ke puncak. Nama seindah tempatnya, terdapat bayak lebah dikawsan ini, mungkin habitat diorang.
11.00 pagi
Bertolak ke puncak dengan semangtnya.Trek yg agk sempit serta byak pohon duri kiri dan kanan trek.Untuk kepuncak perlu mendaki dan menurun beberapa puncak tipu.Disini memang emberi dugaan kepada kami dengan beg hiking yg penuh dgn ration mendaki dan menuruni puncak-puncak tipu ini.(bila la puncak sebenar huhuhu)
12.00 tgh hari
Tepat je tanghari kami sampai ke puncak dengan jayanya. Tersemat dihati kami apabila sampai ke puncak walupun dlam line up yg sedikit, kimi meraikan kerjyaan kami dengan cloud-9 serta air kosong.View dikala tengah hari di pucak sungguh indah dengan pemandagn yg jelas tanpa lindungan kabus,kami sempat 2-3 sanp gamba kmi ambik. Puas hati kami. Disini kami mengambil keputusan untuk ambik nap sekejap sebelum turun ke bawah.
1.00 petang
Kami bersiap-siap untuk turun.Demi mngejar untuk membeli tiket train di stesn (maknanya sblm pkul 6 ptg) kami terpaksa mempercepatkan pergerakan kami. Kami bercadng untuk makan tghari di batu berangkai. Pergerak trun bermula dengan jantung disimpan dalam beg(hehehe)
1.50 petang
Sampai kem lebah, take 10 kejap,ambik nafas smabil makn roti kacang merah wat lapik perut (kesian apai). Smabung perjalanan.
2.30 petang
Sampai ke check point kedai kopi. (ini memang jantung dlam beg nie). Sambung perjalanan
3.00 petang
Sampai ke check point pasir berdegung, pergerakan still lagi laju nak kejor tiket punya pasal, awan pon semakin gelap.kami tidak singgah pon check point ini lalu je.
3.45 petang
Akhirnya kami sampai ke air terjun batu berangkai dengan berasap-asap badan (blow agak nye heheh). Setelah jantung dipsang kembali, kami membuka ration yg ada, proses memask bermula. Menu kejayaan kami ialah nasi goreng ayam (perisa je ayam,aym xdak pon) sambal ikan bilis (tin je), papadom dan wedges. Berselera kami makan dengan ujan trun dengan lebat.
Selesai saja makn, ujan tetap turun degan lebat. Terbantut niat kami untuk bermandi-manda di air terjun batu berankai, sememanngnya tempat ini memang popular dengan mistiknye, sudah ramai yg terkorban di air terjun ini akibat jatuhnya kepala air (arus yg deras+besar secara tiba-tiba). Kepala air ini berlaku dikala ujan trun tetapi keaada ujan2 renyai di kawsan ini juga berjaga-jaga kerana bila-bila masa kepala air ini boleh trun (ini kerana kawasan berbukit dihulu sungai telah ujan, so air dari ats akn datng dgan arus yg kuat).Menarik tentang batu berangkai ini terdapat bayk batu-batu yg seaakan berangkai (bersambung) di air terjun ini, terdapat satu batu yg berbentuk mayat di sna (kalau pegi tengok2 sama bat ini)
ada nampk batu mayat..
hidangan yg menyelerakan
5.30 petang
Selepas makn dan kemas2 barang, hujan msih lg trun dengan lebat,kami menunggu dengan hampa,kounter tiket tutup pukul 6.00 petang,kami mengambil keputusan untuk meredah je hujan itu untuk ke stesen keretapi.
6.30 petang
Dalam hujan renyai2 kami sampai ke stesen, tpi apakan daya kounter sudah tutup......
Kami bersih2 kan diri di stesen itu dan menunggu untuk kounter itu bukak. Pada jam 8.30 mlm abg stesen yg sngt baik itu pun membuka kounter, kami berjaya memperolehi tiket untuk balik gak mlm itu.tepat jam 12.55 tgh mlm, keretapi pon sampai. Kami sampai di Arau jam 10.00 pagi.
mencatat2...
Rumusan :
Kerja gila yg dimaksudkan ialah untuk gunung ini, ia memerlukan 2 hari untuk naik dan turun, dengan keadaan jantung yg dismpan dlam beg, kami redah je wat lebih kurang 4 jam naik dan 3 jam turun. Dengan tidak ada penunjuk arah (guide) kami main redah je,tetapi atasan alasan yg kami pernah sampai ke gunung itu sebnyak 3 kali serta membuat persedian degn membaca log-log xpdc gunung ini, itu yg menyebabkan kami berani untuk gamble (kalau anda tidak pernah jejak jagn memandai nk gamble mcm nie ye).
Atas dasar ini memuaskan hati serta sngap untuk naik gunung, kmi habskan lebih kurang RM 100 seorg dalam trip ini (itu kemugkinan kerja gila kami jugak). Bayangkan tiket kelas 1 (yg duduk punya) pegi dan balik (itu dah mencecah rm 60). Pastu makan pulak mewah2 (lebih kurang rm 20) untuk sehari je.
Dari segi msa puluk, memang kja gila, bajet hari kalau lari sikit ja,silap2 hari isnin baru sampai perlis, so kami kna sentiasa bersedia menhadpi kemungkinan pe yg terjadi.Trip leisure tetapi target masa memang kena disiplin.
So,sonoknya gemble kali ini sebab bayk keja gila yg telah kami buat.....
ahpai gan dueternye
ak dgan karimor
Never Stop Exploring.......
Monday, April 5, 2010
KERJA GILA DI GUNUNG BUJANG MELAKA
Posted by Syahir Aizat Bin Yahya at 8:42 AM 0 comments
Thursday, March 25, 2010
Gamble Berani Mati..JERAI

Trip yg betol2 berani mati,dlam line up yang paling sedikit dan log perjalanan yg agak extrem serta G.Jerai itu sendiri dengan pelbagai mistik dan unik...Tapi semangat gamble yg kuat..kami teruskan jugak.
Tempat : Gunung Jerai, Yan Kedah
Ketinggian : 1200 M dari paras laut.
Peserta : 2 org.(aku(iejat) dan Mcha)
15 Mac 2010
Jam 3.30 mcha gan WAT die datang ambik ak kat umah, kami shoot ke balai polis Guar Chempedak untuk laporkan kegamblelan kami nie. Tepat jam 4.00 kami selesai buat laporan terus shoot ke Pantai Murni, biasa la ambik angin pantai dlu sambil makan nasi goreng ayam gan mcha ambik nasi goreng sotong. Nie semua ak punya angkara la lapar lak seblum naik gung. Yang si macha lak order cendol lumut lak, kalau nak try pegi ke pantai murni nie, yan,Kedah ada cendol lumut 2..hehehe.
Selepas park keta kat masjid kat pekan Yan, pkul 6.00 petang, kami memulakan keGamblelan ini dengan bacaan Doa, Perjalanan bermula dari masjid itu ke Rekreasi Titi hayun (kaki gunung), iaitu salah satu jalan untuk ke gunung jerai. Selepas melalui jalan raya yang agak jauh kami sampai ke Titi hayun jam 6.45 petang. 2 BOTOL 1.5 LITER dipenuhkan dengan air terjun dkat situ.
Tepat pukul 6.50 petang perjalanan menaiki tangga 1000 tahun bermula, dengan semangat yg kuat kami mendaki tangga walaupun beberapa kali take two ambil nafas.rupanya naik tangga lagi penat dari trekking yang mencanak.. betol kan.??? Kami sampai ke satu pondok yang menandakan hujung bagi anak2 tangga itu pada pukul 7.10 mlm (agak lajunye maklumla 2 org je). Pendakian diteruskan lagi dengan trekking yang sebenar, trek yang agak mencanak menyukarkan lagi dengan bunyi2 yg kurang enak di dngar.
Jam menunjukan 7.30 mlm, selepas mendgar laungan azan, kami mngambil keputusan untuk take 15, untuk menghormati azan dan waktu maghrib. Kami mendgar 2 -3 laungan azan, menandakan kami masih lagi berada di aras ketinggian yang rendah. Kami meneruskan perjalanan kami dengan berlampukan hatlamp dan hati yg berani.
Trek pendakian menjadi semakin mencanak, sehinnga la kmi sampai ke satu ’pit stop’ iaitu titi teras pada jam 8.15 mlm. Titi besi+konkrit yang dibina untuk naik ke stu tempat berbatu. Pemandang yang indah dikala malam di titi teras mnyebabkan kami hbs kan 15 minit disana. Selepas menghbs satu air botol 1.5, kmi mula bergerak ke next pit stop iaitu Resort. Trekking menjdi semakin mendatar menanda kami hamper smapai dan kelibat lampu-lampu dari pencawang Telekom Malaysia ™ (puncak), ini membuatkan kegairahan kami semakin mebuak2. Perjalanan menjadi semakin pantas.
Akhirnya,selepas melalui satu trekking yg mencanak dari kawsan mendatar itu,kami sampai ke tangga kenari iaitu tangga yg menghubungkn kami ke resort.jam menunjukan pkul 9.00 pagi. Untuk ke resort hanya memkan makan 15 minit shaja. Akhiranya tepat jam 9.15 kami sampai ke resort.
Dengan semangat kegamblen yg masih tinggi, ak dan mcha mngambil keputusan menerusakn lg perjalanan untuk ke puncak (pencawang TM) mlm itu jugak. Selpas mngisi air penuh perjalanan ke Pencawang bermula (9.15 mlm) Dlam perjlanan ke sna kami melalui kawasn seperti Telaga Tok sheikh dan batu kapal,dengan bberapa buah kenderaan yag terdapat di kawsan itu kami tidak singah ke kawsan itu,perjanan diteruskn dengan trek jalan raya yang berpusing2 lereng yag agk mencnak.tepat jam 10.15 kami sampai ke satu kawsan yg di beri nama Padang Tok Sheikh dan abtu shaff, kami cuba memberanikan diri utk msuk ke sna dengan niat nak dirkan fly dan tidur. Apabila sampai ke stu kwasan lapang,(padang la kot) tiba-tiba kelihatan asap berkepul-kepul, dan ditengah2 padang itu kelibat seorang manusia berjubah putih duduk bersila dan seorang lagi berjubah hitam berada berhampirannya..ak gan mcha pe lagi cabut la...dari situ...dgan penuh berdbar2...harap2 manusia la...Amin.
Keluar je dari kawasan 2 kami teruskan perjlanan sampai la ke stu papan tnda yg tertulis ’kawasan larangan’ siap ada gambar org acu senapng kat org. 2 tanda nye kawasn pencwang 2 kawsan laragn kot or kawsn tentera. Hampa perasaan kami, kami pon turun dengan lajunya hingga ke kawsn pondok tepi jln lepas resort itu. Fly dipasng untuk menutup bhagia angin msuk ke pondok itu, hammock digantug, 4 bungkus maggie dimsak dan air oligo koko di bancuh kemudian makan.kmi pon tidor.
16 Mac 2010
Jam menunjukan 9.00 pagi, kami msih membuta dlam kepompong lagi, jam 10.00 pagi baru kami bersiap2 untuk turun, dengan bersarapankan milo sahaja, kami meneruskan perjalanan menurun ke jalan raya hingga lah ke muzium perhutanan.Turun anak tangga belakang mzium itu hingga la jumpa tapak perkhemahan Sg Teroi. Tapak perkhemahan ini memng sangat popular kerana kbayakan program diadakan di camp site itu. Terdapat sg yang sangat sejuk airnya walaupun di tgah hari.kmi memenuhkn 2 botol 1.5 l dengan air.
Tepat jam 12.00 tghari, perjalanan kami trun bermula dengan melalui jalan seri perigi, trek itu bermula diblakang surau berhampiran periga di Camp site Sg Teroi. Treking bermula dengan hutan semak kemudian kawasn berbatu-batu, trek menurun agak curam. Kami trun hanya berpandukan tanda-tanda cat biru pada pokok dan tanda pada pokok. Kelihatan pada bukaan denai trek ini ternyta jarng org melalui laluan ini. Kebyakan pokok2 di kawasn nie tumbuh dengan besar dengan pokok balak nya, gaharu dan mcm2 lagi.
Kami menurun hingga sampai ke sabatng sungai (12.55 tghari), keindahan sg yg tidak dicemari itu kami berehat sambil merendamkan badan..maklum la dah sehari xmandi. Tepat pukul 1 kami meneruskan perjalanan, slepas merentasi sg itu, kami terpaksa melalui kawasn berbatu mujur la ada tali yg dapat mebantu kami melalui kwasan itu. Kebyakan kwasan yag kami lalui landai dan berair menjadi habitat kepda haiwan, terutamanya jantolak,mmmm nasib baik je kami dgar bunyi je tp xnampak kelibatnya...so kami ambik langkah berjaga smasa trekking dangan sebatg kayu di tangan yang panjgnya perlu melebihi pars kapla (bak kata mcha).
Jam menunjukan 1.50, bukaan trek semakin membesar, menandakan kami semakin hampir. Setelah tanda-tanda pada pokok telah tidak kelihtan, kami berjalan mengikut paip pula hingga ternampak sebauh camp site yag terbiar dan pondok2 kecil, tepat pukul 2.00 petang tiba lah kami di Rekreasi Seri Perigi, yan kedah. (kaki gunung), ration dibukak, kami makn tgahari di sna dengan makan nasi goreng cina berlaukan sardin. Selesai makn, dlam pukul 4.00 kami bertolak pulang,untuk ke masjid Yan itu, kami terpaksa tumpang makcik kg 2 sampai ke jalan besar kemudian naik teksi yg tambgnya RM1.50 untuk sampai ke Masjid temapt letak keta itu.
Rumusan:
Trip gamble 1st time memang memberi impak kepada diri aku, ia menjadikan dri aku betol2 besedia untuk menghadpi cabran yg akan datang disamping menambh keiginan aku untuk terus mengemble. Bnyak benda yg ak bljar kat kursus-kursus rekreasi yg ak dpat practik time gamble nie.
Ak bagi la ckit tip bagi sesiapa nk gamble
• Kita kena yakin dengan ape yg kta buat 2., waulaupun pe halangan pon kna yakin
• Kalau nak gamble biar dalm bilangan sedkit mim 3 org la (jgn tiru mcm kami)
• Maklumkan kt pihak yg berkuasa pasal aktiviti korang tu
• Sebelum gamble, stdy dlu log-log expedisi lain la kalau korang dh pernah pegi dah expedisi 2
• Ilmu-ilmu asaa rekreasi mesti kuat seperti masak, packing, naikan fly, bantu mula
• Peralatan mesti atau sekurangnya lengkap la seperti messtine,solid fuel, fly,parang, First aid, lampu..penting sleping bag..hehe
• Ration yg penting2 je...jgn la bawk byk2 sgt...berat beg je.
• Kalau dalam kumpulan itu, lantik ketua(so ank2 buah kna ikut ckp ketua la)
• Jaga kesalmatn diri dan sentiasa besedia dgn cabran yg kita xtau kelak.
Ok cukup skat ini, nant kan la siri2 log gamble ak yang akn datng....
Never Stop Exploring.....
Posted by Syahir Aizat Bin Yahya at 9:48 AM 0 comments
Thursday, March 18, 2010
EKSPEDISI TRANS GUNUNG CAMAH DAN ULU-SEPAT (CUS)
Tempat : Gunung Camah (kelantan) dan Gunung Ulu-Sepat (Perak)
Ketinggian : 7123 kaki (2171 M ) G.Camah dan 7089 kaki (2161 M)
Peserta : 12 orang (uteh, aku(iejat), ahpai,adi, jang che pidah,boby,omar
Bal,cikdin,kak ane,kak shila)
Ahad, 28.12,08
Pada pukul 8.00 a.m, semua peserta ekspedisi berkumpul di stesen keretapi Gua Musang, Kelantan dan menunggu kereta pacuan 4 roda dan van sampai.Tepat pukul 8.10 a.m kereta pacuan 4 roda dan van sampai kemudian bertolak ke Kuala Betis yang kira-kira 25 KM dari pekan Gua Musang. Sampai ke KualaBetis kira-kira pukul 8.52 a.m. Di Kuala Betis, peserta ekspdisi membeli nasi makan tengahari untuk di makan di Pos simpoh, iaitu destinasi terakhir yang kereta pacuan 4 roda dapat hantar. Tepat Pukul 9.10 a.m, perjalanan dari K.betis ke Pos Simpoh bermula dengan menaiki satu pacuan 4 roda iaitu Toyota Hilux.
stesen keretapi Gua Musang
para peserta sebelum bertolak ke pos simpuh
Perjalanan di trek balak dengan 4wheel
Tepat pukul 2.45 p.m. sampai di pos simpoh selepas mengharungi jalan balak yang agak curam serta jalan yang penuh dengan lmpur dan najis-najis gajah dengan menaiki pacuan 4 roda.Di Pos simpoh, kami bersiap sedia untuk trekking ke kg Rekom iaitu kaki Gunung bagi gunung Camah dan Ulu-Sepat. Kg rekom juga merupakan kg orang asli terakhir dari Kuala Betis, kereta pacuan 4 roda tidak dapat pergi ke sana kerana kedaaan jalan yg lembut dan boleh mengakibatkan tanah runtuh.Pada pukul 3.22 p.m, selepas makan tengahari trekking ke kg rekom bermula dengan melalui laluan balak yang ditingglkan.
trek balak;laluan ke kg rekom.
Tepat pkul 6.05 p.m kami sampai ke kg rekom dan berjumpa dengan ketua kampung Kg rekom untuk menyatakan tujuan datang ke sana dan meminta kebenaran untuk bermalam di kampung itu. Selepas semua urusan kemas-kemas barang untuk treking esok dan makan selesai, kami bermalam di rumah kongsi balak itu.
tulis nama sebagai tetamu
rumah kongsi balak
Isnin, 29.12.08
Peserta bersiap untuk mendaki Gunung Chamah. Makanan yang perlu dibawa peserta hanyalah sebahagian sahaja dan sebahgian lagi disimpan di rumah kongsi Balak, Kg Rekom (drop ration). Trekking ke Kem Tengah bermula pada jam 7.30 a.m dengan melalui jalan tebing sungai yang kuat arusnya dan sampai di kem itu pada jam 9.30 a.m.Para peserta berehat dan mengambil air. Peserta menyambung trekking ke Kem Tongkat Ali pula kira-kira jam 9.45 a.m.Trek menjadi lebih curam dan masih lagi melalui tebing-tebing sungai. Sepanjang perjalanan terdengar bunyi-bunyi arus sungai yang memecah kesunyian di hutan belantara. Peserta sampai ke Kem Tongkat Ali tepat jam 10.45 a.m. Disini peserta makan tengah hari dan bersih-bersihkan badan.
Kem Tongkat Ali merupakan sumber air terakhir (last water point) oleh itu peserta perlu membawa air sebanyak mana yang mugkin untuk digunakan masak di atas puncak dan diminum semasa trekking. Perjalanan ke Puncak Chamah dari Kem Tongkat Ali Bermula pada 12.35 p.m. Untuk sampai ke Puncak Chamah, para peserta perlu mendaki lereng-lereng yang curam iaitu kira-kira 65 darjah serta melalui trek yang berlumpur. Peserta juga perlu melalui tujuh puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar.
camp tongkat ali.
Selepas melalui tujuh puncak tipu dan lereng-lereng yang curam serta berlumpur, kumpulan pertama peserta akhirnya sampai ke Puncak Chamah pada jam 5.55 p.m. dan kumpulan terkhir sampai ke Puncak Chamah pada jam 10.00 p.m. Khemah di pasang di tapak khemah puncak, makanan dimasak dan dimakan oleh peserta.Para peserta tidur agak awal pada malam itu kerana terlalu penat walaupun dalam keadaan kesejukan hingga ke tulang. Suhu terendah pada malam itu di puncak Chamah kira 14 darjah celcius.
camp site puncak chamah.
aku dan puncak chamah
Ketinggian Gunung Chamah ialah 7123 kaki (2171 M ), ia merupakan gunung yang tergolong dalam kumpulan G7 iaitu gunung-gunung yang mencapai ketinggian 7000 kaki keatas. Ia juga merupakan gunung ke-4 tertinggi bagi kumpulan G7. Gunung Chamah juga merupakan tahap yang paling sukar bagi kumpulan ini kerana para peserta terpaksa memanjat gunung dengan mencanak dengan melalui trek yang mencabar serta berlumpur.
senja di punck chamah
view dari puncak Chamah
keindahan ciptaan-Nya
keindahanya lain dri yg lain
papan penanda puncak
Line-up di puncak..
Selasa 30.12.08
Selepas menikmati matahari terbit dan pemandangan-pemandangan yang indah di puncak Chamah, para peserta bersiap untuk turun ke Kg Rekom semula. Pada jam 9.10 a.m, para peserta bergerak turun.Selepas menuruni jalan yang curam, sampai di kem Tongkat Ali tepat jam 1.25 p.m.Di kem Tongkat Ali, peserta membersihkan badan dan mengambil air sebagai bekalan minuman semasa perjalanan nanti. Pada jam 2.00 p.m, perjalanan diteruskan dan sampai di Kg Rekom pada jam 5.00 p.m. Sesampainya di kg Rekom, para peserta disambut oleh orang asli dengan ubi kayu rebus dan pisang hutan.
Di kg Rekom, peserta berehat dan bermalam di sini (rumah kongsi balak)
Kg Rekom
Rabu 31.12.08
Seawal 6 pagi, kami bagun, sembahyang Subuh dan sarapan. Kemudian bersiap sedia untuk pendakian ke Gunung Ulu-Sepat. Selepas semua peserta memakai uniform, trekking bermula seawal pukul 7.00 pagi, tetapi perjalanan tergendala kerana jambatan rotan yang digunakan untuk merentasi sungai Kg Rekom itu telah rosak. Kami berusah untuk membaiki, ini kerana arus yang deras sukar untuk menyeberangi sungai itu.
Selepas menyeberangi Sg.Rekom,trekking diteruskan lagi menuju ke Perez iaitu kaki gunung Ulu-sepat. Tepat pukul 9.30 a.m semua peserta sampai ke Perez selepas melalui jalan yang lembap berair serta terserempak dengan seekor (atau dua ekor) pak belang, nasib baik laungan Azan dari Abg mat (OGKL) setidak-tidaknya membuatkan ia melarikan diri. Kami yakin itu ilah Pak belang kerana terdapat beberapa kesan tapak kakinya. Keadaan muka bumi Perez yang berbentuk lembah serta berdekatan dengan sungai, memang menjadi habitat pelbagai haiwan di hutan ini malah sumber air yang berdekatan serta makanan yang mudah diperolehi. Di Perez, kami bersarapan dengan koteaw kuah dari Uteh (ORL-guide kami) yang amat sedap dan menyelerakan.
sungai Perez
diantara kaki pak belang yg berjaya disnap
Selepas bergambar di Perez (10.15 a.m), Kami meneruskan lagi expedisi ke G.Ulu-Sepat ini, Tempat behenti seterusnya ialah Kem Maggie (Kem Sg.Retik). Sebelum sampai ke kem Maggie, Kami singgah sebentar di lubuk katak (11.15 a.m). Terdapat banyak spesis katak di lubuk ini, menurut Abg Mat terdapat spesis katak gergasi (besar) yang mendiami lubuk ini, kami tidak bernasib baik kerana tidak bertemu dengan katak itu.
dilubuk Katak
Perjalanan diteruskan lagi (11.30 am). Sampai ke kem Maggie ( Kem Sg.Retik) kira-kira pukul 12.15 pm. Di kem ini kami makan tengah hari dengan berlaukan wedges, ikan bilis besar dan sardin, sungguh menyelerakan.
wedges..yump2
al-Fatihah...
Tepat pukul 1.25 p.m, kami meneruskan trekking untuk pegi ke kem Sempadan, trekking menjadi semakin sukar apabila keadaan laluan yang mencanak. Kami sampai ke kem Sempadan tepat pukul 2.10 p.m adan solat jamak Zohor-Asar. Kem sempadan ini ialah sempadan bagi negeri Kelantan dan Perak. Kami telah masuk ke negeri Perak dengan jayanya. Kami meneruskan lagi perjalanan ( 2.40 p.m) untuk ke temapat behenti seterusnya iaitu kem Sg.Lepir iaitu sumber air yang terakhir sebelum sampai ke puncak Ulu-Sepat. Trek laluian yang turun-naik bukit membuatkan kami ’take 5 beberapa kali. Jaraknya yang jauh juga membuatkan perjalanan untuk ke kem Sg.Lepir agak panjang. Selepas meredah hujan yang lebat jam menunjukan pukul 7.40 pm, kami pon sampai kem Sg.Lepir dan mendirikan khemah serta masak untuk makan malam. Menjadi satu cabaran untuk kami untuk mendirikan khemah dengan keadaan tanah yang berlumpur serta badan yang kesejukan. Hajat untuk tidur dan menyambut tahun baru di puncak Ulu-sepat tidak kesampaian kerana keadaan kami yang letih. Kami menyambut tahun baru di Kem Sg.Lepir, kemudian rehat/tidur.
kem sempadan
kem sungai lepir
Khamis 01.01.09
Pukul 9.00 a.m, semua peserta bangun, bersarapan dan bersiap-siap untuk ke puncak G.Ulu-Sepat. Hanya kumpulan kami sahaja yang dapat meneruskan perjalanan serta 2 orang peserta dari kumpulan OGKL, ini kerana ahli-ahli kumpulan OGKL masih tidak sampai ke kem Sg Lepir lagi hari itu..! Tepat pukul 9.50 am, perjalanan ke Puncak Ulu-Sepat bermula. Dengan berbekalkan tenaga yang hanya tinggal sedikit ini kami memanjat trek-trek yang mencanak untuk menikmati keindahan puncak Ulu-Sepat. Tepat pukul 12.00 a.m kami sampai ke simpang ke puncak Ulu-Sepat.
puncak ulu sepat
penulis di puncak ulu sepat
line up di puncak ulu sepat
Untuk sampai ke Puncak dari simpang ini mengambil masa 30 minit. Kami tinggalkan beg di simpang dan meneruskan perjalanan ke Puncak. Tepat 12.30 pm kami sampai ke puncak Ulu Sepat, segala penat hilang pabila tiba di puncak walaupun susah untuk melihat pemandang-pemandang dari puncak ini, namum kami puas. Air kejayaan iaitu air cola-cola, dibuka dan diraikan menandakan kami telah menawan puncak Ulu-Sepat.Gunung Ulu-sepat ini juga merupkan gunung yang tergolong dalam kumpulan G7 dengan ketinggian 7089 kaki (2161 M). Gunung ini terkenal dengan trek yang jauh serta menacabar untuk sampai ke puncak.Kami meneruskan perjalanan untuk ke simpang itu
kembali dengan perasaan puas dan gembira.
batu penanda ulu sepat
Tepat pukul 1.00 p.m kami meneruskan perjalanan ke sg Leweng iaitu Sungai yang akan mengenemui kami dengan kampung orang asli yang pertama. Trek yang menurun bukiy yang curam menyebabkan pergerakan kami menjadi semakin pantas,tetapi dengan jarak yang agak jauh menyebabakan kami sampai ke Sg Leweng tepat pukul 3.30 pm. Kami makan tengahari di Sungai.
sungai leweng
Pada pukul 4.00 p.m, kami meneruskan perjalanan ke Kg Lela iaitu tempat pacuan 4 roda kami tunggu. Sebelum sampai ke Kg.Lela kami singgah sebentar ke kem Balak (5.35 p.m). Kedudukan Kem Balak yang diantara 2 sungai menyebabkan kami terpegun dengan keindahan serta keunikan ciptaa-Nya. Kami meneruskan perjalanan untuk ke Kg Lela dengan melalui laluan-laluan lori balak serta terserempak dengan 2 orang asli yang kebetulan hendak ke Kg Lela juga. Pergerakan kami menjadi semakin pantas, berikutan hari yang semakin gelap.
First civilization
kampung Lela
Tepat pukul 7.15 pm kami sampai ke kg Lela, malangnya pacuan 4 roda yang kami tunggu itu tidak dapat datang, menurut salah seorang orang asli kampung itu, sudah seminggu kenderaan pacuan 4 roda serta lori-lori balak tidak dapat masuk ke kg itu kerana jalan runtuh. Kami menerusakan perjalanan untuk mencari tempat bermalam.Uteh mengambil keputusan untuk bermalam di Kampung rantau iaitu bersebelahan kampung Lela dan memikirkan cara untuk balik ke Sg.Siput. Kami bermalam di sebuah pondok ditepi jalan yang telah ditinggalkan orang asli.
Pondok tempat kami tido di kampung rantau
Saya dan Uteh pergi ke Kedai runcit yang berhampiran pondok itu, kami betanya cara alternatif untuk keluar dari Kg itu. Pakcik kedai runcit itu mencadangkan agar kami naik bot di Tasik Temenggor untuk pergi ke Grik, kebetulan pakcik itu mempunyai bot.Kami bersetuju dan ingin menggunakan perkhidmatan pakcik itu. Malam itu kami tidur agak awal kerana keletihan.
Jumaat 02.01.09
Sebaik sahaja bagun, kami bersipa-siap untuk ke jeti. Tepat pukul 8.00 am kami menunggu di depan kedai pakcik itu, untuk pergi ke jeti tsaik itu agak jauh, pakcik itu menawarkan beberapa buah motosikal beserta pemandu untuk pergi ke jeti. Pada pukul 9.45 am kami sampai ke jeti selepas melalui beberapa kampung serta pos-pos dan sekolah-sekolah. Kebanyakan kampung-kampung orang asli itu telah maju dengan elektrik yang telah tersedia, astro serta line telefon. Setelah sampai kami dijemput pakcik itu untuk naik ke botnya. Suasana serta pemandangan Tasik Temenggor yang indah membuatkan kami terpegun. Terdapat juga empangan untuk janakuasa elektrik hak milik TNB terdapat di tasik ini.
bot yg kami naik dari pakcik
syok naik bot melalui tasik temenggor
empagan hidroelektrik milik TNB
Kami sampai ke Jeti Trojan tepat jam 10.30 a.m dan mengambil perkhidmatan van untuk sampai ke pekan grik. Menurut Uteh, jeti Trojan ini merupakan jeti bagi pendaki-pendaki dahulu untuk ke gunung Ulu-sepat dan Chamah dan Kg Lela itu merupakan jalan masuk ke Ulu-Sepat. Mereka menggunakan ‘reverse-track’ kami..!
sampai ke jeti dengan perasaan gembira
jeti trojan
Pada pukul 12.00 p.m kami sampai ke pecan Grik dengan perasaan penat,puas dan gembira. Kami mnyambut kepulangan kami di restoran KFC pekan Grik yang dibelanjakan oleh Kak Ane dan Kak Shila (2 orang dari kumpulan OGKL yang follow kami) Selepas makan kami pergi ke stesen bas dan pulang ke destinasi masing-masing.
celebrate di KFC Grik..
Rumusan :
Expedisi 6 hari 5 malam ini sememangnya meberi kepuasan pada aku, tidak rugi bayar tiga ratus ’something’, sememangnya expedisi ini menguji mantel serta fizikal kita, ia berkaitan dengan idup atau mati kami. Aku juga dapat mengenali rakan-rakan peserta aku dengan lebih mendalam, dalam keadaan kekurangan air, makanan serta keselesaan, aku dapat melihat reaksi mereka. Ini kerana da kebanyakan peserta menadki kali ini kurang pengalaman naiak gunung dalam erti lain 1st time naik gunung.Semangat kerjasama serta setia kawan itu penting. Thaniah kawan-kawan kita berjaya menakluk 2 G7 dah..tinggal 5 lagi gunung untuk kita takluki untuk menjadpat ijazah....kegunungan
kenangan 1st gunung G7...
peringatan2...
Never Stop Exploring.....
Posted by Syahir Aizat Bin Yahya at 8:51 AM 0 comments
