BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 13, 2010

KISAH 4 BUDAK NAKAL (TRANS PASS-YELLOW-IRAU-BRINCANG) Bahagian 1



Tempat : Trans Pass-Yellow-Irau-Brincang
Ketinggian : Pass (1587 M) -Yellow (1667 M) -Irau (2110 M)-Brincang
(2031 M)
Peserta : Adi Ashraff, Zulfadli (pali), Fahmi dan Syahir Aizat.

Kisah ini ialah kenakalan 4 budak (Adi Ashraff, Zulfadli, Fahmi dan Syahir Aizat), ini rentetan daripada ketidak jadian Trip untuk ke Gunung Tahan Pahang maka di gantilah dengan trip gamble. Trip leisure ini terbahagi kepada 2 bahagian ( 1 dan 2). Mari kita layan…


GUNUNG PASS (1587 M)
Batu no. 563 (junction ke G.Pass)
13 Jun 2010

Seawal jam 2 pagi kami tiba di stesen keretapi Ipoh dari KL central, maka tidurlah kami distesen itu seperti Koboi untuk menunggu hari siang. Setelah siang menjelma, kami bagun bersiap diri dan terus menuju ke medan kedudukan yang berada bersebelah dengan stesen kereta api. Bas yang bakal membawa kami pergi ke tanah Tinggi Cameron melalui lebuhraya Simpang Pulai ialah Jam 8.00 pagi.


4 beg hiking + 4 budak nakal = KL Central

Sesudah jam 8.00 pagi bas bertolak ke sana melalui jalan-jalan yang berbukit-bukit dan berliku-liku, kami mengambil kesempatan untuk menyambung tidur dalam bas. Jam menunjukan 9.30 pagi dan destinasi kami pun hampir sampai. Kami turun dari bas di betul-betul dengan tanda ‘Selamat Datang ke C.highland Pahang’ (itu merupakan starting point untuk Trans Pass Yellow Irau Brincang. Ration mulalah dibahagi sama banyak, semua di kerah unuk menjadi tanker kerana Trip ini sunguh terkenal dengan kekurang water sourse. Jadi starting point inilah water sourse yg boleh digunakan hingga di gunung Yellow.


Disini starting Point


Last water source

Tepat jam 10.30 pagi, kami memulakan trekking mengikut batu tanda sempadan bermula dengan no.563. Melalui laluan yang agak mencanak itu serta hutan-hutan renek akhirnya sampai la ke junction untuk ke puncak Gunung Pass tepat jam 10.50 pagi. Junction Gunung Pass di batu yang bernumbor 533 itu, ambil denai ke kanan untuk ke puncak Pass. 10 minit perjalanan sampai la kami di Puncak Pass. Terdapat Satu batu tanda di atas puncak Pass. Pemandangan agak kabur disebabkan cuaca (kabus) dan pokok-pokok yang agak panjang (lebih kurang view dari Gunung ruil la).


Batu penanda sempadan



Junction ke puncak Pass


Gunung Yellow (1667 M)
Batu no. 341
13-14 Jun 2010

Perjalanan diteruskan lagi untuk Puncak Yellow (jam 11.30 pagi). Untuk ke puncak Yellow kami terpaksa melalui Tiga puncak tipu yang memang saiko gila ditambah lagi mengikut batu-batu tanda sempadan. Kami melalui suasana hutan yang berlumut (mossy forest) dan keadaan cuaca yang sejuk menambahkan lagi semangat untuk meneruskan trekking.Hujan pun mula menurunkan dirinya menambahkan lagi cabaran kami dengan kesejukanya. Kami juga terserempak dengan batu levis iaitu Batu sempadan no.501.


Burung yang baru keluaq dari perut ibu.

Di puncak pertama kami sampai dalam jam 12.15 tengah hari (agak laju).Puncak satu di batu yang bernombor 486. Di sini kami mengambil 5 minit (take 5) disamping makan kudap-kudap yang dibekalkan. Dari sini kami dapat lihat pemandangan Blue valley (iaitu tempat penanaman strwbery yg terbesar di tanah tinggi ini) juga pemandangan lebuhraya simpang pulai. Setelah rehat kami meneruskan perjalanan.


Pemandangan Blue Valley

Oleh kerana kami tidak mengupah guide, kami hanya mengikut laluan batu-batu sempadan dan disebabkan 2 orang (Adi Ashraff, zulfadli) pernah masuk laluan ini jadi kami hanya gamble masuk tanpa bantuan guide. Tepat jam 1.45 petang kami sampai ke puncak yang kedua.walaupun dalam keadaan hujan dan beg hiking yang berat-berat kami teruskan juga perjalanan. Treking-punya trekking akhirnya sampai juga ke puncak tipu yang terakhir iaitu puncak yang bernumber 380 (jam 3.00 petang). Disini kami take 5.

Di sini juga permulaan bagi trek mendaki yang lebih mencanak, tanpa membuang masa kami menuruskan pendakian dengan harapan apabila sampai puncak ialah puncak Yellow. Setelah 30 minit mendaki kami sampai ke sebuah puncak yang kelihatan satu kawasan yang lapang dan terdapat sebuah batu tanda, memang tidak salah lagi itu ialah puncak Yellow…yeah. Kami dijemput oleh hujan di puncak yellow. Pemandang yang sungguh indah memukau perasaan kami. Setelah kabus tiada view menjadi clear, kami boleh nampak dengan jelas pemandang Gunung-gunung di banjaran TitiWangsa (korbu,Gayung, Yong Belar juga Tok nenek) serta pemandagan Blue Valley… yang sangat jelas..! Setelah keadaan menjadi tenang, Dua buah fly dinaikan beserta dua helai ground di hampar untuk 4 orang sahaja.


Puncak Yellow


Makanan di masak untuk makan tgahari,minum petang, makan malam dan supper. Hujan juga menyambut kami kala di malam hari. Akibat sistem peparitan yang fail serta bumbung fly yang tidak effisien menyebabkan kami hampir tidur didlam kolam air, mujurlah sempat membuat modifikasi terhadap baglow kami itu pun terpaksa menunggu hujan reda baru la boleh tidur dengan lena.


Pemandangan Trans titi drp Puncak Yellow



buglow kami di yellow

Gunung Irau (2110 M)
Batu no. 132
14 Jun 2010

Seawal pukul 6.30 pagi kami bagun untuk menanti saat-saat paling indah ketika berada di puncak iaitu sunrise, dengan suasa yang nyaman dan sejuk kami layan sunrsie dengan penuh nikmat disajikan juga pemandang yang sungguh clear sebagai sarapan pagi, memandangkan hari masih awal kami sambung tidur.












Moment2 sunrise di Puncak Yellow (indah..)


Lebih kurang pukul 11 pagi kami bagun dan masak untuk sarapan dan makan tengah hari. Oleh kerana sumber air yang kurang di puncak pass kami hanya memasak benda-bend yg kering seperti roti pita (sarapan) dan roti gardener ,sardin mayonis (tengah hari). Tepat jam 1.00 tengah hari baru kami gerak menuju ke puncak Irau. Selepas 15 minit perjalanan, kami bertemu dengan water check point (batu 334) simpang kekiri. Untuk ke sumber air itu, kami terpaksa melalui downhill yang agak curam. Sumber air yang nyaman dan segar. Kami sambung perjalanan.


pengembaraa bermula di hari kedua


water sourse

Untuk menuju ke puncak Irau, kami perlu juga merentas 3 buah puncak tipu. Di puncak pertama (batu 290) kami sampai pada jam 2.00 petang. Suasana yang hujan kami tetap meneruskan perjalanan, ini membiarkan badan kami kekal panas. Perjalanan ke puncak 2 sungguh menyeksakan kerana kami daripada turun ke lembah(drp puncak 1) perlu memanjat ke puncak kembali. Tepat jam 2.55 kami sampai ke puncak dua (batu 255). Disini kami sempat untuk menjamah makanan yg dibekal (kira makan tengahari kami la). Perjalanan diteruskan.


mossy forest

Kali ini memang betul-betul kami menghadapi cabaran yang sebenar, dengan hujan yang lebat ditambah pula dangan trek yang mencanak juga puncak tipu yang begitu banyak (saiko beb) hingga la kami bertemu dengan sebuah puncak dan mempunyai batu tanda sempadan kami yakin itu puncak ketiga (batu 143 jam 4.30 petang). Kami mengambil angin petang sekejap di puncak itu.


periuk kera yg dijumpai di irau


Perjalanan diteruskan dengan mendaki dan menurun puncak sahaja, akhirnya kami menemui simpang dari Gunung Siku (ditanda dengan lampu ayam yg rare di pokok) simpang ini menandakn kami hampir tiba ke Irau. Tepat jam 5.00 petang kami sampai ke puncak Irau (Batu 132). Kami berada di Puncak yang paling tinggi sekali di Tanah Tinggi Cameron (2110 M), sungguh sejuk dan pemandang kami dikaburi dengan kabus serta pokok-pokok renek di puncak. Sememangnya Puncak Irau sangat terkenal dengan sampah sarap nye.....kami setting buglow dan masak untuk makan petang, malam dan supper. Setelah main dua-tiga table terup kami pon tidur.


junction ke G.suku


Puncak irau


batu penanda di puncak irau


view dari irau

Gunung Brincang (2031 M)
Batu no. 0
15 Jun 2010

Pagi ini semua 4 budak nakal ini bagun lewat, terlepas la sunset di Irau tetapi dapat juga melihat view blue valley serta pekan bricang, memang lawa dari puncak irau. Sarapan dan makanan tengahari disediakan dan buglow diruntuhkan kerana hari ini kami bercadang untuk bertolak lebih awal itu memandang kabus hitam (ribut) dari arah utara semakin berat menuju ke arah kami. Kami dari Irau untuk pergi ke puncak Brincang mengambil jarak sejauh 2.35 KM bersamaan (132 batu sempadan). Tepat jam 12.50 tengah hari (agak awal) kami bertolak turun.


buglow kami di irau


dapur


hadiah kami dari irau

Treking perjalanan yang melalui mossy forest (hutan berlumut) yang bermukaan yag licin dan juga lumpur menambahkan lagi cabaran. Ada kalanya kami terserempak dengan Tali Pinggan. Tepat jam 1.30 petang kami sampai ke anak Irau (no.batu 80). Disini kami take-5 untuk menghabiskan segala kudap-kudap yg dibekal. Perjalanan diteruskan.


anak irau....tempat lepak


trek berlumpur


kabus ribut

Kali melajukan pergerakan kerana ribut hitam semakin hampir, kami merasakan seperti ia mengejar kami hingga la di satu ketika ia membocorkan badanya membentuk hujan yang sngat lebat (boleh bayang x hujan di gunung irau sejuk+mengigil la kami). Trek turun naik juga ditambah dengan lumpur. Akhirnya kami sampai di tangga-tangga kayu serta laluan gajah menyusu menanandakan kami berada di kaki gunung irau (No. Batu 20) tepat jam 3.15 petang. Untuk ke puncak brincang kami perlu melalui jalan mini tar hingga ke Pencawang Telekom.


tangga-tangga kayu



jalan mini tar ke puncak brincang

Tepat jam 3.30 kami sampai ke puncak Bricang (batu no.0). kami kini berada di ketinggian 2031M dari arah laut. Dengan kesejukan di puncak brincang ditambah pula dengan kesejukan hujan kami menjamu selera dengan sandwich victory (berjaya menakluk 4 puncak) yang hot and spicy itu. Memandangkan hujan serta angin kencang, kami melupai niat untuk naik ke menara.


puncak brincang


menara pandang di brincang


Berjalanan ke pekan brincang diteruskan, dengan panduan papan tanda serta trek seluas highway kami berlari ke pekan brincang untuk mencari civilation. Dari puncak ke kaki gunung brincang mengambil jarak sejauh 2.97 KM. Tepat jam 4.35 kami sampai ke starting point (kaki G.Brincg) iaitu berhampiran dengan loji penyimpanan air. Tepat jam 5.00 petang kami sampai ke Pekan Brincang dengan disambut oleh penjual-penjual serta pelancong-pelancong pasar malam.
Kami check in di Kem Sg Pauh.


starting point ke gunung brincang (loji air)


pasar malam di pekan brincang

Kisah 4 budak nakal ini tidak habis disini....ikuti sambungnya.........




NEVER STOP EXPLORING.....

0 comments: