BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 28, 2010

KISAH 4 BUDAK NAKAL (G.BEREMBUN,G.JASAR DAN G.PERDAH) Bahagian 2



Tempat : G.Beremban,G Jasar dan G.Perdah
Ketinggian : Beremban (1841 M) ,Jasar (1696 M) dan Perdah (1576 M)
Peserta : Adi Ashraff, Zulfadli (pali), Fahmi dan Syahir Aizat.

Kisah ini bersambung kembali selepas berjaya mengharungi Trans Pass Yellow Irau dan Bricang, 4 budak nakal ini meneruskan cabaran dengan mendaki 3 buah lagi gunung sekitar Tanah Rata dan Brincang (Cameron Highland). Ikuti bahagian ke-2 pula....

15 Jun 2010

Kem Sungai Pauh

Selepas menuruni G.Brincang, kami singgah ke pekan Brincang untuk menikmati sate (ayam,daging dan Kambing), sememangnya hidangan ini wajib untuk dimakan apabila sampai di tanah tinggi ini, terasa nikmat yang lain macam. (maklumla selama 3 hari makan makanan dalam tin saja)


sate Pak syed C.Highland..yum.yum

Keadaan semakin gelap, kami meneruskan destinasi kami ke Kem Sungai Pauh. Lokasinya berada belakang dengan padang golf. Kem ini begitu popular dikalangan pendaki-pendaki tegar kerana suasananya yang nature serta lengkap dengan kemudahan letrik, tandas dan air (kredit kepada jabatan hutan dan En Murad selaku pegawai yg berkuasa di sna). Sesampai je di camp site itu, kami mula mencari tiang2 untuk mengantung hammock masing2, memandangkan banyak group yg membuat aktiviti disini, kami mendapat sebauh bangsal tapak BBQ untuk bermalam. Malam itu kami rehat dan tidur...


Our Hotel...

16 Jun 2010

Gunung Beremban (1841 M)


Gunung Beremban@berembun

Seawal pukul 9 pagi kami bagun untuk bersiap-siap untuk menyambung ekspedisi mendaki kami. Base camp kami di sg pauh ini,oleh itu kami hanya membawa peralatan yg perlu shaja untuk menaiki gunung-gunung sekitar Tanah Rata dan Brincang. Kami meminta kebenaran En Murad untuk meletak barang-barang di camp site ini. Tepat jam 10.35 pagi kami bertolak ke gunung pertama untuk hari ini Gunung Beremban.


Starting point (kem sg pauh/ARCADIA)

Terdapat 3 starting point untuk ke gunung ini iaitu melalui camp site Sg Pauh atau ARCADIA, MARDI dan melalui Robinson Waterfall.Kami memilih jalan dari kem site Sg.Pauh/ARCADIA untuk ke Gunung Beremban, menurut signboard yg terdapat di starting point itu, untuk sampai ke puncak beremban mengambil masa selama 3 jam. Kami melalui trek yang bersih serta highway (trek yg luas) melalui pokok-pokok pine yg ditanam oleh renger hutan sendiri. Adakalanya kami terpaksa memanjat dan menurun. Hingga kami sampai ke satu pondok . Dari pondok nie, kita boleh pergi MARDI (maknanya sesiapa yg start melalui MARDI akan tembus ikot pondok ini). kami take 5 disini.


Pondok Rehat


Ke Puncak Berembun


Trek yg luas dan terang serta mencanak

Perjalanan di teruskan lagi hingga la sampai ke satu trek yg mencanak, sini kami diuji dengan trek yg penuh dengan psaiko mencanak bagai menaiki tangga. Sampai la kami di PCB (jam 11.15 pagi) disini merupakan juction. Dari sini ambik jalan kanan akan pergi ke Puncak Beremban kalau ambik kiri perg Robinson Waterfall.Perjalanan di teruskan lagi hingga la ternampak sebuah bierut yg hampir roboh (akibat dilanggar ribut) iaitu Puncak Berembun (11.40 pagi). Pemandang yg diselubungi kabus, kami tetap juga memgambil bebarapa keping gambar untuk kenangan.




4 Budak nakal di Puncak Berembun

Kedudukan Gunung Beremban juga dikenali dengan Gunung Berembun (ditukarkan nama untuk membezakan gunung berembun di terengganu) terletak Tenggara Pekan Brincang dan Timur Laut Pekan Tanah Rata, dari puncak berembun ini kita dapat melihat pemandang Pekan Brincang serta Tanah Rata serta Gunung Jasar dan Perda (jika Cuaca elok). Kesejukan di puncak ini hingga ke tulang maklum la berada di tanah tinggi.


View yg xbape clear di puncak berembun




View pekan Brincang dan Tanah rata yg sangat Clear dari puncak Berembun

Tepat jam 12.50 kami turun dari puncak ke pekan Tanah Rata untuk makan tengah hari dan destinasi gunung seterusnya. Kami memililh trek Robinson Waterfall untuk turun kerana jalan ini paling hampir dengan Pekan Tanah Rata. Trek melalui sini kami dapat melalui suasana hutan yag agak tebal serta melalui pencawang-pencawang elektrik.perjalanan turun juga agak curam, kami berllari-lari anak. Deruaan air sungai membangkitkan semangat kami untuk bergerak takla perut yang membunyi menandakan lapar, deruan air itu menandakan kami semakin hampir kepada Robinson Waterfall.


Trek ke Robinson Waterfall

Akhirnya kami sampai ke air terjun itu (1.30 petang) kami melalui trek joging di situ hingga ke jalan besar yg menuju ke Tanah Rata ( melalui belakang stesen bas Tanah Rata berhampiran taman). Kami sampai Tanah Rata Tepat pukul 1.30 petang, hujan menyambut kedatangan kami ditanah rata.


Starting Point ke Berembun dari Robinson waterfall


Trek jog


Robinson Waterfall

Gunung Jasar (1696 M)

Sesudah makan tengahari di restoran kenalan ayahda (mentor kami), tepat jam 2.50 petang kami menyambung ekpedisi mendaki Gunung Jasar pula. Gunung ini cukup dekat dengan pekan Tanah Rata, Perjalanan kira-kira 1 jam ke 1 jam setengah dari pekan Tanah Rata ke puncak. Starting point untuk pendakian ke gunung ini adalah bersebelahan dengan jalan Apartmen OLY (guna laluan yang ditandakan dengan no.10) juga di belakang Tan Camelia’s Garden.sebelum masuk ke laluan trekking hutan, terdapat sebuah taman bunga yg unik (ada jam cahaya matahari yg rare gila disini).


Laluan no.10 ke Puncak Jasar


Tan Camelia's Garden



Jam matahari yg rare

Pendakian yang melalui kawasaan hutan, kebun sayur serta pencawang elektrik bervoltan tingg Trek yang agak landai tetapi agak jauh, serta kawasan trekking yg terdedah (kawasan pencawang elektrik). Terdapat sebuah simpang ke gunung perdah, dari sini terus saje untuk ke puncak Jasar. Trek pendakian untuk ke puncak sangat terdedah,kita dapat lihat pemandangan pekan brincang serta gunung berembun (sangat indah).


Trek laluan ke puncak Jasar




Pemandangan Pekan Brincang


Pencawang Elektrik bervoltan Tinggi

Tepat jam 3.50 petang kami sampai ke puncak gunung Jasar, terdapat hanya batu-batu untuk kaki bierut sahaja (bierut mungkin sudah roboh di pukul ribut). Puncak ini juga ditanda dengan batu aras. Dikatakan kawasan puncak ini dahulunya merupakan kawasan perkuburan Orang asli.Dari puncak ini kami dapat melihat view bharat Tea yang terbentang luas (sungguh clear view dari sini). Tepat jam 4.00 petang kami bertolak ke Gunung Perdah pula.


Puncak Jasar




Batu sempadan Perak-Pahang


view dari puncak Jasar

Gunung Perdah (1576 M)

Gunung Perdah dan Gunung Jasar adalah dua gunung yang sering dikaitkan bersama kerana kedua-dua puncak gunung ini dihubungkan dengan satu permatang . Puncak dan permatang di antara kedua-dua gunung ini secara tidak langsung menjadi sempadan antara negeri Perak dan Pahang di Cameron Highland.


View Jasar dari Gunung Perdah


Untuk ke gunung Perdah kami melalui permatang yg sama dari puncak Jasar, trek yang menurun memudahkan lagi perjalanan kami, hujan yg renyai-renyai membasahi tubuh kami. Namun perjalanan tetap diteruskan. Hutan2 tanah tinggi ini tumbuh meliar hingga menutup trek laluan. Tepat jam 4.30 kami sampai ke Puncak Perdah. Puncak gunung ini ditandakan dengan bierut tetapi kini hanya terdapat 4 batu tapak tiang bierut (juga dilanggar ribut). Dari puncak ini kami dpat melihat panorama cameron higland serta blue valley (jika cuaca berpihak kepada kami).


Puncak Perdah




View pekan Brincang,blue Valley dan Kg Asli Ruil dari Perdah


Belakang umah pakcik nie Gunung Perdah

Gunung perdah ini terletak sangat dekat dengan Kg Asli Sg. Ruil, untuk turun ke kaki gunung ini hanyalah mengambil masa selama 15 minit. Perkampungan org asli yang terletak di jalan sg Ruil serta dibelakang Hotel Casa Dela Rosa sangatla membanggun kira dah maju la..menurut sumber yg dipercayai rata-rata penduduk orang asli Sg Ruil ini suka bermain golf... Niat di hati nak sambung ke Gunung Ruil pula petang itu disebabkan kekangan masa serta masalah tertentu kami menanguh niat itu.




Kg orang ASli Sg.Ruil

Tepat jam 5.00 petang kami pulang ke basecamp kami kem sungai pauh berehat hingga ke esok pagi. Sebelum melelap mata kami sempat bersembang-semabng tukar-tukar pengalaman dengan En Murad (kebetulan beliau menjaga sebuah program sekolah disitu)


Selamat datang ke Kampung Ruil


Jalan ke Kg Ruil (di belakang Hotel Casa Dela Rossa)

17 Jun 2010

Stesen Bas Ekpsress Cameron Highland

Kami bangun agak awal pagi ini, kira-kira pukul 8.00 pagi, kami untuk berkemas pulang, tetapi niat untuk trekking ke Gunung Mentigi (5127 kaki) masih tinggi, untuk ke gunung itu ia melalui trek belakang pejabat verterinar cemeron Highand (laluan no.13 dan no.14) kira-kira 40 minit perjalanan akan sampai ke puncak. Tetapi sekali lagi kami menangguh niat kami untuk ke sana disebabkan bas masing-masing pukul 10.30 pagi (aku dan apai menghala ke ipoh, adi dan pali menghala ke KL).Selepas mengucap terima kasih kepada En Murad kami pon beredar ke Stesen Bas.Sebelum pulang kami sempat membeli ole-ole untuk dibawa pulang kepada orang tersayang, tepat jam 10.30 Pagi 4 budak nakal berpisah…tammat.


4 budak nakal sebelum berpisah

Serba sedikit fakta mengenai Cameron Highland :



Bercerita tentang Cameron Highlands ni tak sah sekiranya tak diceritakan tentang sejarah asal-usul Cameron Highlands.Ia mendapat nama daripada seorang surveyor ataupun juru ukur berbangsa British yang bernama William Cameron. Beliau merupakan seorang pegawai Inggeris yang menjalankan kerja-kerja ukur dan membuat peta di kawasan tersebut pada tahun 1885.Beliau mendapati terdapat sebahagian besar tanah disitu tidak begitu curam, sedikit rata, dan mempunyai cerun-cerun gunung yang sesuai didirikan rumah-rumah dan stesyen. Suhunya pula adalah sejuk dan menyamai suhu di Britain (United Kingdom) ketika musim panas iaitu lebih kurang 17 darjah Celcius pada masa itu. Dalam laporan yang direkodkannya beliau menyatakan suhu di situ mengingatkannya kepada kampung halamannya di England.

Beliau telah merekodkan penemuannya ini ke dalam buku laporannya dan ia kemudiannya dibaca oleh seorang Residen Inggeris di Pahang yang bernama Sir Hugh Low yang berasa tertarik dengan suasana yang dilaporkan oleh William Cameron.Beliau kemudian menyatakan ideanya untuk mendirikan rumah-rumah percutian untuk berehat, ladang-ladang dan stesyen atau pun markas tentera di situ. Beliau menamakan tempat tersebut Cameron dan ditambah dengan perkataan Highlands bagi menunjukkan ianya terletak di tanah tinggi.

Ideanya itu tidak menjadi kenyataan pada masa itu sehingalah 20 tahun kemudian apabila Sir George Maxwell seorang pegawai Inggeris melawat kawasan tersebut dan membuat pelan perancangan untuk membangunkannya. Beliau mencadangkan tempat-tempat yang sekarang dikenali sebagai Tanah Rata dan Brinchang dijadikan tempat pentadbiran dan rumah-rumah rehat pegawai-pegawai Inggeris.

Sumber : http://jalan2cuti2.wordpress.com/2009/05/12/cameron-highlandslatarbelakang


Misteri kehilangan Jim Thompson di Cameron Highland



Jim Thompson atau nama penuhnya James Harrison Wilson Thompson merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat yang membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera Thai lewat tahun 1950-an dan 1960-an.Jim Thompson dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syarikat pada 21 Mac 1906 dan pernah berkhidmat dengan Tentera Amerika Syarikat dalam bidang perisikan ketenteraan.

Jim Thompson dilaporkan hilang pada 26 Mac 1967 di Cameron Highlands, Malaysia.Beliau masih belum ditemui sehingga kini dan kehilangannya telah menjadi suatu misteri. Kehilangannya juga dikaitkan dengan berbagai kisah dan teori, sama ada pengkhianatan, jenayah mahupun kisah-kisah mistikal.

Thompson dikatakan hilang sewaktu keluar berjalan-jalan di Cameron Highlands, Malaysia pada hari Ahad, 26 Mac 1967.Selepas kehilangan Thompson, Thai Silk Company telah memindahkan operasinya ke Khorat, sebuah bandar yang menjadi pengkalan operasi untuk Tentera Di Raja Thailand.

Di dalam novel Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis, episod ke-20 iaitu Memburu Raja Pukau, ada diselitkan kisah tentang Datuk dijemput untuk membantu polis mencari seorang saudagar sutera berbangsa Amerika yang hilang di Cameron Highlands. Datuk memberitahu bahawa saudagar tersebut telah menjadi tawanan kepada sekumpulan makhluk menyerupai monyet dan disembunyikan di dalam sebuah gua. Bagaimanapun pendapat datuk itu tidak diterima oleh pihak polis. Operasi mencari saudagar tersebut gagal. Saudagar yang dimaksudkan itu kemungkinan besar adalah Jim Thompson.

Sumber : http://mis3story.blogspot.com/2010/02/jim-thompson-misteri-yang-masih-belum.html

Rumusan

Daripada bahagian 1 dan 2 kisah budak nakal hingga ke post Jalan-jalan ke Cameron highland semua bercerita mengenai Tanah Tinggi Cemeron, Tanah tinggi ini merupakan pusat bagi pendaki-pendaki tegar, beginner, otai berkumpul, ini kerana disekeliling Cameron ini adalah gunung (lebih daripada 20 gunung). Kem site (sg pauh) yang kondusif serta perkhidmatan Land Rover yg mantap menjadi tumpuan para pendaki.

Kisah 4 budak nakal ini pula terjadi disebabkn hal-hal tertentu (rujuk bahagian 1),ration serta pengangkutan ditanggung sendiri dan guide pon diantara kami sahaja, jadi kos bukan penghalang.Disebabkan antara 4 org kami 2 drpnya pernah memasuki pass dan yellow serta jasar dan perdah, 2 lagi pernah memasuki berembun serta 4 org kami pernah memasuki irau dan brincang menjadikan kami berani untuk gamble tanpa guide (amaran kepada sesiapa yg cuba meniru xpdc ini adalah amat berbahya kalau panjat gunung takde guide).

Kredit juga kepada En murad (Jabatan Hutan) kerana memberi semangt serta tip-tip yg berguna kapada pendaki-pendaki muda seperti kami, yg paling best dapat menginap 2 hari 3 malam secara percuma di Camp site Sg Pauh. Terima kasih juga kepada Adi,Pali dan Apai kerana memeriahkan xpdc ini wlalaupun bilangan yg sedikit Pengalaman berharga selama 4 hari 4 malam trekking secara gamble di Tanah tinggi Cameron ini sangat bermakna. Alhamdulilah semua selamat…


Ijat (penulis)


Adi


Apai



Pali

Never Stop Exploring…..

0 comments: