Tempat : Trans Gopeng (Gopeng-C.Highland)
Ketinggian : 1386 Kaki (puncak Pauh)
Peserta : Ayahda (guide), Chort (guide), Borgon, Coon, Bego, Hani, Bobo,
Leyor, Aku, Syamim, Apai, Adi, Pali, Mamat, Timah, Syikin,
Ruwaida,Pina.
Kalau kita nak pegi Cameron Highland dari negeri Perak biasanya kita akan melalui lebuhraya simpang pulai dan jalan berliku-liku Tapah, tetapi tahukah anda terdapat satu laluan alternatif untuk ke Cemeron highland melalui Gopeng???
Hari Pertama, 6 Jun 2010
Seawal jam 10 pagi aku dan apai sampai ke pekan Gopeng dari Kampar (kami menaiki keretapi dari utara dan berhenti di stesen keretapi Kampar). Sesampai di Kampar, kami terus menuju ke kedai makan kawan ayahda (guide). Dikedai itu kami disambut oleh chort (guide), adi, mamat dan adi yg juga merupakan ahli-ahli xpdc kali ini. Tepat jam 11 pagi, ayahda pon sampai dengan ration-ration yg akan dibawa. Kami berkumpul di hadapan kedai makan itu bersebelahan sebuah lori yg bakal membawa kami masuk ke Kg Ulu Geruntum (starting Point) yg disewa drai kenalan ayahda juga iaitu En Basri (pesara tentera). Sementara menunggu peserta lain tiba yg kebanyakannya dari Teluk Intan,ayahda mengarah kami untuk membahagi ration kepada 2 kumpulan dan ration dalam kumpulan itu dibahagikan kepada setiap orang untuk dibawa. Jam 11.30 tgh hari, semua peserta tiba dan mengambil ration yg dibahagi itu dan membuat persiapan terakhir sebelum bertolak.
pembahagian ration ..dimanaged oleh adi dan mamat
semua siap sedia untuk bertolak...!
Tepat jam 12.00, lori yg disewa itu membawa kami memasuki ke Kg Ulu Gerutum kampung kelapa sawit ini sememangnya terkenal dengan tempat permulaan untuk aktivit white water rafting dan juga waterfall upseiling. Kg Ulu Gerutum ini merupakan starting pointing untuk aktviti white water rafting bagi sungai itek (sg Kampar) dan diraf hingga ke Kg Jahang.
Starting point untuk aktivitu rafting
Terdapat juga air terjun disini ntuk melakukan aktiviti waterfall upseiling. Dengan lori itu kami melalui banyak kampung orang melayu dan orang asli antaranya Kg Jelintuh, keadaan jalan yg berbukit serta landai menyukarkan lagi lori untuk melaluinya. Menurut ayahda jalan ke Kampung Ulu Gerutum ini juga turut popular dengan laluan-laluan MTB. Dari jalan mini tar hinggalah ke jalan berlumpur akhirnya kami sampai ke kawasan Kg Ulu Gerutum pada jam 12.30 petang.Ayahda dan chort selaku penunjuk jalan memberi sedikit taklimat mengenai tentatif perjalanan dan ration sebelum memulakan aktiviti trekking.
Taklimat daripada Guide
Starting point...
Pada jam 12.45, kami memulakan trekking, destinasi pertama kami ialah perkampungan orang asli Kg Ulu Gerutum. Perjalanan trek ladang kelapa sawit yang agak memanjat menyukarkan lagi perjalanan. Tepat jam 1.20 kami sampai ke sebuah perkampung orang asli iaitu Perkampungan asli Ulu Gerutum. Kebanyakan rumah-rumah disini menggunakan tenaga solar ini kerana terdapat plate-plate solar diluar setiap rumah....unik.
Rumah orang asli dan plate solarnya
Perjalanan diteruskan lagi hinggalah sampai ke sebuah bekas empangan kecil di tepi sungai, hanya bongkah-bongkah konkrit yg terdapat di gigi sungai. Memandangkan jam menunjukan pukul 1.45 petang, kami mengambil keputusan untuk masak dan makaan tengahari di situ. Menu untuk makan tengahari kami ialah nasi putih, sardin, sayur masak lemak dan sos kicap percik.
Lunch time at bongkah konkrit
Destinasi kedua kami ialah kem Sg Penjalin, tepat jam 3.45 petang kami memulakan pendakian. Trek yang banyak melalui tepi-tepi sungai, adakala kami terpaksa menyeberangi sungai. ketika perjalanan kami dapat melihat sebuah empangan besar yg bina untuk mengairi sg itek.
Empangan besar ulu jerutum
ular kapak...
Perjalanan diteruskan lagi dengan menyusuri sungai, adakalanya kami terpaksa merempuhi hujan.Jam menunjukan jam 6.30 petang, Di tebing sungai itu terdapat sebuah kem site iaitu kem anak sg.Penjalin Ayahda mengarahkan kami menginap di situ. Flyer di naikan, ration di masak, selepas makan semua masuk tidur dan ada yang berunggun api sebelum tidur.
pemandang sungai penjalin
Hari Kedua, 7 Jun 2010
Tepat jam 10.00 pagi, kami dengan sudah siap berkemas meneruskan perjalanan menuju ke Cemeron highland. Kami memulakan perjelanan kami dengan trek yang agk mencanak, perjalanan menjadi perlahan berbanding semalam, maklumla trek hari ini dijangkan akan mencanak. Dalam beberapa minit mendaki sebuah bukit tiba-tiba ayahda menyuruh kami senyap dan jalan dengan perlahan, ini kerana kelibat sang maybank, kami menghentikan langkah dan berhati-hati, kami terbau hamis dan keterdangaran ranting yg patah serta ngaumannya. Dalam beberapa minit selepas ini kami kembali bergerak. Sememangnya habitat maybank di kawasan berhampiran dengan air, kami perlu berhati-hati lagi.
cabaran demi cabaran
Pada jam 10.30 pagi kami sampai ke kem site Sg.Penjalin. Kami take 5 situ, kami semua berbual benda yang sama itu topik maybank, ada yang takut, ada yang nak jumpa dan macam2 lagi.
kem site sg Penjalin
Kami meneruskan lagi perjalanan dengan kembali menyusuri sungai. Sungai Penjalin yang luas serta berarus deras ini menambahkan lagi cabaran kami, ada kalanya kami terpaksa melalui gigi-gigi sungai kerana tebing sungai itu yg tinggi. Kebanyakan kasut peserta-peserta
basah....pengalaman berharga.
merentasi sungai
melalui tebing-tebing sungai
Tepat jam 12.15 tengah hari kami sampai ke Kem Kaki Ribot, sebuah tempat yang lapang bersebelahan dengan sungai dan banyak lebah. Kami masak makanan tengahari hari sini. Satu suasana dan permandangan yang indah serta bunyian air sungai menambahkan lagi selera kami untuk makan tengah hari di situ.
kem site kaki Ribot
aktiviti mengasap beg hiking untuk menghalau lebah
Pada jam 2.15 petang kami menruskan lagi perjalanan, kami memanjat Bukit Ribot dengan semangat, dengan mengambil masa selama satu jam kami sampai ke puncak kaki Ribot (3.15 petang). Perjalanan diteruskaan lagi, masih lagi bermain dengan tebing-tebing sungai adakalanya perlu menyeberanginya.Langit yang agak kegelapan memaksa kami untuk bergerak dengan lebih pantas, ini kerana apabila hujan turun paras air sungai akan naik serta arus menjadi semakin deras. Ini akan menambahkan lagi cabaran. Akhiranya pada jam 6.00 kami sampai ke destinasi kami jangkaan kami iaitu Kg Atap iaitu sebuah kampung orang asli. Setelah mendapat kebenaran dengan tok batin, kami menginap di sebuah kem site berhampiran sungai.
KG Atap
setiap pelawat yang sampai di kg ini wajib mengisi buku ini...mat salleh pon wajib
Mengikut tentatif program, pada keesokan harinya kami akan mengikut trek Kg Jantung (Kg orang asli), Gunung Ruil dan keluar melalui KG Orang Asli Ruil tetapi disebabkan trek Legend itu telah lama tidak dimasuki orang serta trek yg semak samun, tok batin kg Atap menasihatkan kami supaya tidak melalui situ.Penduduk kampung Jantung yang telah berhijrah juga menjadi faktor penyebab trek itu jarang dilalui orang. Kami mengambil keputusan untuk melalui trek yang lain yang keluar melalui Bharat tea, trek ini menjadikan xpdc kami singkat daripada 4 hari kepada 4 hari.
orang asli yg menetap di Kg Atap
Setelah fly dipasang, makanan pon tersedia,kami makan dengan lahap walaupun lauk untuk malam ini ikan masin dan sardin, walaubagaimana pun itu merupakan menu yang paling sedap kalau dimakan didalam hutan...hehehe.rehat dan tidur.
Hari Ketiga , 8 Jun 2010
Selewat 10.45 pagi kami memulakan perjalanan untuk hari ini, semua peserta penuh bersemangat hari ini kerana ini ialah hari terakhir untuk xpdc (kalau semua sampai la Bharat tea ) Selamat pagi Malaysia kami pada pagi itu paling best kerana starting trek mencanak, menurut tok batin, jalan yang kami lalui ini sekejap sahaja 1 jam dan jalan banyak cerah...hehe kecanakan terserlah banyak take-5 diambil untuk sampai ke puncak kami mengambil masa selama satu jam 15 minit (12.00 tengah hari). Di sini kami menunggu semua peserta.
Puncak bukit...
Perjalanan di teruskan lagi hingga la pukul 1.30 petang kami berhenti di sebatang sungai untuk makan tenghari. Memandangkan perjalanan tidak jauh lagi, kami hanya masak maggie untuk makan tengah hari.
Buluh-buluh yg sebesar batang paip loji
Setelah makan, kami meneruskan le destinasi kami iaitu Bharat Tea, trek menjadi semakin mencabar apabila kami terpaksa mendaki lagi iaitu Bukit Pauh. Dalam kelebatan hujan kami mendaki dengan penuh cekal, mungkin ini ialah kemuncak cabaran sebelum sampai ke Destinasi. Memang mencanak bukit pauh ini kalau terjatuh nie silap-silap boleh meninggal. Akhirnya dengan berkat kesabaran kami sampai ke pucak pauh tepat jam 3.05 petang. Dengan terdapat batu sempadan perak pahang yang menandakan puncak pauh ini. Tinggi puncak Pauh ini ialah 1386 Kaki dari aras laut (rujukan batu tanda sempadan).
mendaki bukit pauh
Kabus dan puncak pauh...
Batu sempadan (puncak pauh)
Kira-kira 5 minit perjalanan dari Puncak pauh itu ternampaklah pemandangan ladang-ladang teh yang luas tersergam indah. Apabila melihat ladang-ladang teh itu, perasaan puas terpancar takala keindahan pemandangan di campur dengan keletihan.....Puas.Dari Perkampungan orang asli Kg Ubi (simpang ke Bharat tea) kami mengambil masa selama 30 minit untuk ke Bharat Tea dengan melalui lereng-lereng ladang tea. Kami mengambil gambar sepuas-puasnya, perasaan ini seumpama berada di puncak Gunung.
Kg orang asli..kg Ubi
Kegembiraan telas terpancar apabila sampai disini
Akhirnya kami sampa ke Bharat Tea tepat jam 4.30 petang.Untuk pergi ke kem site sungai pauh, Brincang kami terpaksa menahan sebuah lori. Kami sampai ke kem site sg Pauh jam 6.00 petang. Lengkaplah perjalanan kami dari Gopeng ke Cameron Highland hanya dengan trekking selama 3 hari.
Berjalan di lereng-lereng ladang teh
Akhirnya sampai juga ke Bharat tea Cmeron Highland selepas 3 hari berjalan
Rumusan
Satu trip yang menarik walaupun bukan salah satu trip gunung tetapi amat sesuai bagi pendaki-pendaki baru seperti kami sebelum mengikuti trip-trip gunung yang lebih hardcore (lebih pada 2 hari).Cabaran yang diberikan sangat berbeza dari trip-trip yang lain, lebih kepada jalan-jalan (leisure) tetapi perlu meredah/menyusuri sungai dan memanjat 1-2 bukit.
Antara pengalaman yg berharga untuk xpdc ini ialah terserempak dengan maybank, ini merupakan kali ke-dua aku mengelami kejadian seperti ini sepanjang menceburi aktiviti pergunungan ini, kali pertama semasa di perez, dalam perjalanan ke puncak Ulu sepat (Tras CUS) kali kedua ialah xpdc ini. Untuk XPDC ini lebih dasyat kerana aku merupakan kelompok
dihadapan, sebarang kemungkinan akan terjadi.
aku,apai dan chort
Di sini terdapat senarai barang pesonal yang boleh dikongsi bersama (ini untuk aktiviti 2 hari atau lebih) :
Pakain :
1.Baju t-shirt seeloknya lengan panjang - 4 helai ( 1 baju trekking, 3 baju casual-untuk tidur,balik)
2.Seluar- 3 helai (1 trekking, 2 casual-untuk tidur,balik)
3.Kain pelekat sehelai (untuk macam2 guna).
4.Suiter- baju sejuk dan raining stoper
5.Pelindung kepala- scarf, buff, russia cap (untuk tidur)
6.Kasut- 2 pasang (1 trekking, 1 sandal – casual atau trekking jika perlu)
7.stoking- 2 pasang ( 1 trekking, untuk tidur)
Peralatan untuk aktiviti
1.Beg Hiking (untuk aktiviti 2 hari atau lebih digalakan membawa beg hiking 45 liter keatas)
2.Sleping bag
3.Sleping mat
4.Personal Ground*
5.Personal Fly+ tali kambing*
6.Personal hammock*
7.Botol air (sekurang-kurangnya 2 botol 1,5 l)
8.Personal tali (3-4 meter)
9.Pisau
10.Personal kompass*
11.log+pen*
12.Head lamp
13. Plastik sampah
14. Personal First Aid
Peralatan Memasak**
1.Messtin
2.Stove (dapur)
3.Pinggan
4.Sudu-Garfu
5.Cawan
6.Lighter
Peralatan Kebersihan (hygen)**
1.Tisu basah
2.Sabun
3.Ubat gigi+berus
4.Deodorant
Jangan lupa kamera dan battery
* Item-item ini hanya digalakan
** Item-Item ini mengikut kesesuaian/keperluaan
Never Stop Exploring...
Wednesday, September 8, 2010
JALAN-JALAN KE CAMERON HIGHLAND(TRANS GOPENG)
Posted by Syahir Aizat Bin Yahya at 6:49 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)