BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 5, 2010

KERJA GILA DI GUNUNG BUJANG MELAKA



Ini merupakan trip ke-4 ak naik G.bujang melaka,kampar perak, Tapi trip nie lain skit dari yg lain, iaitu 2 org je line up, trip paling byk hbs duit dan hanya stu hari punya keja. Org ckp bujang melaka nie tido kt kem lebah best sebab ada sumber air yg byk, kami just lalu je...

Tempat : Gunung Bujang Melak, Kampar ,Perak.
Ketinggian : 1233 M dari paras laut.(4048 kaki)
Peserta : 2 org.(aku(iejat) dan apai)

27 Mac 2010

5.30 pagi
Keretapi sampai ke stesn kampar (dri pukul 6.00 ptg dari arau). Agak lama berada didalm keretapi, yang mengalami kerosak di butterworth. Solat subuh di stesen keretapi dan tukar uniform trekking.

6.30 pagi
Berjalan menuju ke taman suria kemudian msuk ke kg Batu berangkai dlam keadaan yang gelap bersama-sama uncle dan unty yg selalu bersenam di air terjun batu berangkai.Kami sempat mengikuti senaman mereka..untuk panaskan badan katakan.

7.00 pagi
Sampai ke batu berangkai, check barang2 serta uniform yg betol nk masok utan. Kemudian bertolak ke empangan. Untuk ke empangan ia melalui byak simpang, kmi mengikut jalan mini tar hingga ke umah org asli dan titi besi. Langkah titi besi itu kemudian belok kanan, trus hingga jumpa sebuah emapagan batu.



7.15 pagi
Sampai ke empangan,bersarapan dengan roti kacang merah dan milo oat. Tidak lupa juga maggie ayam. Air terjun di empangan yang indah lagi bersih, kami sempat meniruk beberapa kali untuk lepas giant. Airnya yg sejuk serta nyaman membuatkan kami seakan-akan tidak mahu teruskan trekking, tetapi atas beberapa alasan yg munsabah kami mneruskan perjalanan.



7.50 pagi
Bertolak ke pasir berdegung, terk pendakian agk landai, kami melakukan pergerakan agk pantas, maklum la, jantung kami semua simpan dalam beg (agak2 faham ye..hehehe) trek menjadi sedikit mencanak apabila hendak sampai ke pasir berdegung.

8.30 pagi
Sampai ke check point pasir berdegung. Kat sini kami take-5 sambil makan cloud-9 (yum2). Checkpoint pasir berdegung ini merupakan kawasan yang agak rata dan luas. Menurut sumber yang tidak dikenal pasti nama temapt pasir berdegung ini bersempena flem P.ramlie iaitu laksamana Do Re Me, dikatakan tempat itu landingnya tikar terbang untuk smapi ke negara pasir berdegung (entah betul entah tidak).kami bertolak ke next check point kedai kopi.

9.00 pagi
Sampai ke kedai kopi, selepas melalui trek yang menaik serta landai.Di sini terdapat satu lalun sungai yg gak besar. Kami mengambil keputusan untuk minum pagi di situ. Bermenu kan cucuk ikan bilis dan milo oat, kami minum pagi (agak mewahnye ration kami kan). Lepas ja makn, sempat lak kami bermndi-mandi hiburkan hati.


cucur bilis...




10.00 pagi
Kami meneruskan perjalanan ke kem lebah. Kali ini, perjalanan menjadi semakin sukar dengan trek yang mencanak, pokok2 balak yang runtuh serta melintas air0air sungai. Dugaan kami diteruskan lagi hingga la kami berjumpa dengn pohon2 paku-pakis yg menandakan kem lebah semakin hampir. Setelah berjumpa dengan satu kawasn tanah runtuh, kami tersenyum riang dan pergerakan kami semakin pantas, ini menandakn kem lebah hampir-hampir sampai.

10.50.pagi
Akhirnya, kaki menjejaki di kem lebah, selepas kami bersusah payah berlari (bergerak pantas) seakan-akan menyertai curcuit mendaki. Dengan hati yg puas kami take-10. kami msih memerlukan bebrapa joule lagi untuk sampai ke puncak. Kem lebah merupakan satu kawasan lapang yang luas, sesuai untuk dijadikan camp site (50-60 org). Kemlebah nie juga terdapat sumber air yag bersih serta banyak iaitu terdapat sebatang sungai+air terjun. Mungkin ini satu-satunya gunung yg terdapat air terjun diatas(berdasrkn pengalamn yg sdikit ini la).Ini merupakan last water sourse sblm ke puncak. Nama seindah tempatnya, terdapat bayak lebah dikawsan ini, mungkin habitat diorang.





11.00 pagi
Bertolak ke puncak dengan semangtnya.Trek yg agk sempit serta byak pohon duri kiri dan kanan trek.Untuk kepuncak perlu mendaki dan menurun beberapa puncak tipu.Disini memang emberi dugaan kepada kami dengan beg hiking yg penuh dgn ration mendaki dan menuruni puncak-puncak tipu ini.(bila la puncak sebenar huhuhu)

12.00 tgh hari
Tepat je tanghari kami sampai ke puncak dengan jayanya. Tersemat dihati kami apabila sampai ke puncak walupun dlam line up yg sedikit, kimi meraikan kerjyaan kami dengan cloud-9 serta air kosong.View dikala tengah hari di pucak sungguh indah dengan pemandagn yg jelas tanpa lindungan kabus,kami sempat 2-3 sanp gamba kmi ambik. Puas hati kami. Disini kami mengambil keputusan untuk ambik nap sekejap sebelum turun ke bawah.





1.00 petang
Kami bersiap-siap untuk turun.Demi mngejar untuk membeli tiket train di stesn (maknanya sblm pkul 6 ptg) kami terpaksa mempercepatkan pergerakan kami. Kami bercadng untuk makan tghari di batu berangkai. Pergerak trun bermula dengan jantung disimpan dalam beg(hehehe)

1.50 petang
Sampai kem lebah, take 10 kejap,ambik nafas smabil makn roti kacang merah wat lapik perut (kesian apai). Smabung perjalanan.


2.30 petang
Sampai ke check point kedai kopi. (ini memang jantung dlam beg nie). Sambung perjalanan


3.00 petang
Sampai ke check point pasir berdegung, pergerakan still lagi laju nak kejor tiket punya pasal, awan pon semakin gelap.kami tidak singgah pon check point ini lalu je.


3.45 petang
Akhirnya kami sampai ke air terjun batu berangkai dengan berasap-asap badan (blow agak nye heheh). Setelah jantung dipsang kembali, kami membuka ration yg ada, proses memask bermula. Menu kejayaan kami ialah nasi goreng ayam (perisa je ayam,aym xdak pon) sambal ikan bilis (tin je), papadom dan wedges. Berselera kami makan dengan ujan trun dengan lebat.
Selesai saja makn, ujan tetap turun degan lebat. Terbantut niat kami untuk bermandi-manda di air terjun batu berankai, sememanngnya tempat ini memang popular dengan mistiknye, sudah ramai yg terkorban di air terjun ini akibat jatuhnya kepala air (arus yg deras+besar secara tiba-tiba). Kepala air ini berlaku dikala ujan trun tetapi keaada ujan2 renyai di kawsan ini juga berjaga-jaga kerana bila-bila masa kepala air ini boleh trun (ini kerana kawasan berbukit dihulu sungai telah ujan, so air dari ats akn datng dgan arus yg kuat).Menarik tentang batu berangkai ini terdapat bayk batu-batu yg seaakan berangkai (bersambung) di air terjun ini, terdapat satu batu yg berbentuk mayat di sna (kalau pegi tengok2 sama bat ini)


ada nampk batu mayat..




hidangan yg menyelerakan


5.30 petang
Selepas makn dan kemas2 barang, hujan msih lg trun dengan lebat,kami menunggu dengan hampa,kounter tiket tutup pukul 6.00 petang,kami mengambil keputusan untuk meredah je hujan itu untuk ke stesen keretapi.

6.30 petang
Dalam hujan renyai2 kami sampai ke stesen, tpi apakan daya kounter sudah tutup......


Kami bersih2 kan diri di stesen itu dan menunggu untuk kounter itu bukak. Pada jam 8.30 mlm abg stesen yg sngt baik itu pun membuka kounter, kami berjaya memperolehi tiket untuk balik gak mlm itu.tepat jam 12.55 tgh mlm, keretapi pon sampai. Kami sampai di Arau jam 10.00 pagi.


mencatat2...



Rumusan :

Kerja gila yg dimaksudkan ialah untuk gunung ini, ia memerlukan 2 hari untuk naik dan turun, dengan keadaan jantung yg dismpan dlam beg, kami redah je wat lebih kurang 4 jam naik dan 3 jam turun. Dengan tidak ada penunjuk arah (guide) kami main redah je,tetapi atasan alasan yg kami pernah sampai ke gunung itu sebnyak 3 kali serta membuat persedian degn membaca log-log xpdc gunung ini, itu yg menyebabkan kami berani untuk gamble (kalau anda tidak pernah jejak jagn memandai nk gamble mcm nie ye).


Atas dasar ini memuaskan hati serta sngap untuk naik gunung, kmi habskan lebih kurang RM 100 seorg dalam trip ini (itu kemugkinan kerja gila kami jugak). Bayangkan tiket kelas 1 (yg duduk punya) pegi dan balik (itu dah mencecah rm 60). Pastu makan pulak mewah2 (lebih kurang rm 20) untuk sehari je.


Dari segi msa puluk, memang kja gila, bajet hari kalau lari sikit ja,silap2 hari isnin baru sampai perlis, so kami kna sentiasa bersedia menhadpi kemungkinan pe yg terjadi.Trip leisure tetapi target masa memang kena disiplin.

So,sonoknya gemble kali ini sebab bayk keja gila yg telah kami buat.....



ahpai gan dueternye



ak dgan karimor

Never Stop Exploring.......

0 comments: