BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 27, 2010

Sambutan raya di atas Puncak Gunung Hijau



Bila dgar je tajuk kat kat atas nie mesti pelikan.Orang sambut raya kat umah, makan ketupat lemang,kuih raya tapi nie la keja gila orang-orang outdoor sambut raya kat atas puncak gunung…

Tempat : Gunung Hijau, Taiping, Perak (Bukit Larut [maxwell hill] )
Ketinggian : 1448 M dari paras laut
Peserta : 13 org.


Jumaat 9 Oktober 2009 ( 20 Syawal 1430 Hijrah)

Gather-gather orng kat café sarbina dengan 3 biji keta tersedia, seramai 11 org peserta dari maktab (aku,apai,syamim, mamat, mat nan, mejah, pejal, ary,pina, herney, fizah) dan 2 org Outtrail (alan,dia).

Selepas menunggu dia kat stesen minyak, dalam pukul 6 petang kmi gerak dari perlis ke Taiping,Perak dengan penuh semangat. Heheheh...


Sabtu 10 Oktober 2009 ( 21 Syawal 1430 Hijrah)

Tepat pkul 12.30 tgah mlm, kami pon sampai ke kaki gunung Hijau, Taiping. Yap ah Pai, pemandu pelancong kami yang kenal benor dgn selok belok jaln2 n port2 menarik bandar Taiping nie maklum la tempat nie la die main guli kecik2 dlu kan. Sekitar pukul 1.00 sampai la pkul 2.00 kami berjalan2 sekitar Taiping menikmati suasan malam/pagi dan melawat pot yg menarik heheheh thanks Apai.

Sementara menuggu Alan sampai dari Shah alam, kmi pon membasahkan tekak yang kering nie dkat gerai pe tah sambil layan movie perang2..layan. sesampainye Alan kat taiping nie, lpak2 jap pastu gerak ke air terjun blakng Taman Suria (umah apai la 2), setup fly gan hammock untuk rehat2 memandang jam pon dah pkul 4 pagi dah kan nak tdo pon xpadan dah hehehe.


Rehat punya rehat tertdo gak, maklum la lumrah manusiakan, bila dah tertdo 2 bagun pon ada la dlam 9.00 pagi, tertido benor la yop (bak kata org perak kan). Bgun2 je apai,dia gan alan pegi beli ration untuk sambutan raya nie. Aku pon pe lagi dengan peserta2 lain terjun tiruk la kt air terjun 2 sementara menuggu diorg balik. Aku pon dah lama giant nak mandi air terjun nie.


best mandi air terjun kat taman Suria nie..



Dalam pkul 10.00 mcm 2 alan n the gang balik dgn nasi lemak. Dah penat2 mandi kan dgn nasi lamak lak kan perh.nikmatnye dunia ,Perkhbaran dari alan, 4wheel yg akn membawk kami ke bukit larut (Maxwell hiil) pkul 1tgahari. so kami pon lagi sambung mandi la sampai kecut.


kaki Gunung Hijau


menunggu Land Rover untuk ke Bukit larut


Selepas ciap2 kemas dlm pkul 12.30 tgh hari kami menuju ke pintu masuk bukit larut, dengan penuh harapn kami menunggu 4wheel kami dtang. Tepat pkul 1.30 gk la bru 4wheel kmi dtg dengan potter barngnye. 4wheel die pon bkan calang2 la tgk luar je buruk tapi LAND ROVER 2, kehandalanye seteguh namanye, kalau x org xpanggil la LAND ROVER.


Porter yg mengangkut beg kami



Sampai la saat yg dinantikan, deengan jalan yg bengkang-benkong dan bercuram-curam, LAND ROVER,pakcik drebar,kami dgan potter barang mendaki bukit larut. Sepanjang pendakian kami nie pakcik drebar sempat berceloteh salah satu nye di ckp :

”da 3 perkara yang hampa dapat naik bukit larut dengan 4wheel nie

1) hampa dapat naik roller coster
2) hampa dapat mabuk yang halal
3) hampa dapat naik wheel kot (yang ini aku xpasti btol ka x)


banyak ag la pakcik drebar 2 dk sembang2, layan..tp bkn nak ckp la btol la pakcik nie ckp pakej la naik 4wheel nie 3 dalam stu 2, aku dah pening mabuk dah pastu dah mcm naik roller coster pakcik nie bawak mau idaknye 98 selekoh (lebih kurang la) baqu sampai bukit larut 2.

Dalam pkul 3.00 kami sampai ke punck bukit larut itu, pemandagn die perh....! seluas mata memandg, seindah xterkata. Kami setup makn tegahari kat sna and bergambr2 kat taman 2.


Bukit Larut Kami sampai


pemandangan Taiping dari Bukit larut


gambar2 di taman Bukit larut




Lepas Asar dalm pkul 5.00 mcm 2, dgan semua ciap sedia dengan unifom masing2 serta beg telah digalas, xpdc memanjat G.hijau bermula. Mengikut track jalan raya sejaun 2-3 km seblm masuk ke pintu hutan untuk ke punck gunung hijau.traciking yang agak santai dengan setiap 30 minit take 5 (bak kata Alan la heheh). Agak penat la mengikut track jalan raya yg agak mencanak serta begkang bengkong nie pe ath ag kna jd Tanker lak. Tepat jam 6.oo ptg, kami sampai ke pintu msuk ke hutan tinggal 1.5 km tok sampai punck. Dengan semangt yg mebuak2 tok sambut raya diatas kmi pon mnyambung pendakian dengan penunuh cabaran dengan tebuanye,hujan la dan slah satu cabran ag malam. Pabila malam pergerakan menjadi perlahan.



Dalam perjalann ke Pintu Rimba


Bergambar di Rumah Banglo Hijau (last banglo)


di Pintu rimba-pintu untuk ke G.Hijau

Tepat pkul 9.00 mlm pendakian akhirnya kami menuju punck, deruan mercun bola menyambut kdtagn kami, semua penat bercampur puas. Dengan peserta lelaki setup khemah dan perempuan memask juadah raya mlm nie tuk di makn. Menu raya kmi mlm nie ialah ayam goreng crispy, sayur so’on dengan papedon.layan...heheeh. Dengan mercun bola dan rocket membuatkan mlm itu menjdi meriah waulupun da yg penat.dalm pkul 11.00 semua pedon keletihan.


Ahad 11 Oktober 2009 ( 22 Syawal 1430 Hijrah)


Bagun je dari tdur, dengan xmembasuh muka dan gosok gigi, cepat2 berciap dgan baju raya masing, maklumla sambutan hari rayakan xlengkap la tanpa bju raya. Meriah sungguh berwarna warni. Bayk snap gambr gk la berjaya diambik.

Suasana meriah dikala menyambut hari raya di G.Hijau :










Dengan tenaga yg msih ada, kami ciap2 berkemas tok pendakian menurun pulak sebab janji gan pakcik drebar pkul 10.00 kat Buglow last. Pe lagi masing berkejaran la pergi ke Buglow last 2. tepat pkul 10.15 kami sampai dan 4wheel dgan potter xnampak kelibat ag, pea g tunggu dgan penuh harapan ag la.tungu punya tunggu akhirnya 4wheel sampai, patut la lewat rupa2nya da kes bdak hilang kt bukit larut 2 cebab yag lewat 2.hhuhu jalan jd jem kat sna.


menunggu Land Rover di pondok

Sesampai je kami di kaki Bukit larut 2 kami diambut dengan penuh memeriah dagn bomba , YB pon ada, bkan ye kmi yg disambut, rupa-rupanya bdak yag hilang 2. Kami makn tgahari di situ dan membersihkan diri di Sg balakngg umah apai 2. Sebelum bertolak pulang, kmi sempat makn di KFC meraikan kejayaan kami menakluk puncak G.Hijau. selapas menyambut kepulangan alan dagn bas kmi pun pulang ke PErlis dengan pelbagai perasaan Puas,seronok,penat, xpuas pon.heheheehe


Makan KFC...

Rumusan

Ini antara kerja orang –orang yg ada soul antau semangt cintakan rekreasi dan alam sekitar, sanggup mendaki beribu kaki untuk menyambut hari raya, itu tidak termasuk dengan pakain raya beserta sampin, juadah-juadah raya serta lemang di dalam haversack..Kerja Gila, tetapi semangat yg membara serta cintakan Rekreasi biar orang membuat tangapan macam –macam terhadap kita, janji kita mendapat kepuasan dengan apa kita lakukan…chill


Line Up yg best...


penulis...


Never Stop Exploring….

Monday, February 22, 2010

Never Stop Exploring



salam...
aku tampil kembali untuk menjadi bloger......
kali nie blog aku diceriakan lagi dengan gmbar2 dan pengalman2 aku berekreasi tok dikongsi bersama...

'NEVER STOP EXPLORING'
-stu kalimah yg aku pegang untuk mengxtifkan diri aku dalam dunia outdoor
-Hidup hanya skalikan...so aku nk wat benda yg boleh memuaskan hati aku dsamping mndapat
pengalaman yg berguna untk aku gna tok masa dapan...


























-nantkan banyak ag gambar2 aku dan kawan2 menikmati rekreasi yg amt2 seronok itu beserta
`laporan2nye.....
'Never stop exploring'